Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)

Pengenalan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Buat pelajar dan ibu bapa yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP 2018. Anda pasti tertanya-tanya mengenai Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Menurut info yang dikongsikan dari Soalan Lazim (FAQ)UKSBP merupakan ujian saringan yang baru diperkenalkan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.

UKSBP diperkenalkan bermula ambilan Tahun 2018 di mana murid yang berjaya dalam UKSBP ini akan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk diterimasuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Oleh yang demikian, para pelajar yang ingin memohpon hendaklah membuat semakan keputusan kelayakan untuk menduduki UKSBP pada November 2017 nanti.

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh

Ujian Kelayakan Sekolah Berasrama Penuh 

Berikut adalah informasi penting bagi permohonan SBP termasuklah informasi lanjut mengenai Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP).

Tarikh Penting Permohonan SBP 2018 

1.Permohonan ke Tingkatan 1 SBP : 16 Oktober 2017 hingga 19 November 2017

2.Permohonan ke Tingkatan 4 SBP : 13 November 2017 hingga 24 Disember 2017

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2018

UKSBP ialah ujian saringan yang bakal diwajibkan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat untuk kemasukan ke SBP. Bermula sesi ambilan tahun 2018, ianya diperkenalkan untuk permohonan kemasukan ke SBP yang seakan sama seperti ujian bagi permohonan MRSM. Berikut merupakan antara soalan-soalan lazim mengenai UKSBP :-

1. Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.

2. Adakah murid yang tidak berjaya/ tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

3. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan kelayakan menduduki UKSBP?

Semua murid boleh menyemak keputusan kelayakan melalui laman sesawang www.moe.gov.my pada 30 November 2017.

4. Dimanakah dan bilakah UKSBP akan dijalankan?

UKSBP akan dijalankan di 69 pusat iaitu di semua SBP. Kementerian Pendidikan Malaysia akan meluaskan pusat ujian pada tahun akan datang. Tarikh ujian adalah pada 11 hingga 14 Disember 2017 di semua negeri kecuali Selangor pada 12 hingga 15 Disember 2017.

Syarat Permohonan Ke SBP

Berikut merupakan syarat permohonan murid ke SBP?

Pemilihan Murid Tingkatan 1

  1. Murid hendaklah warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Murid perlu cemerlang akademik
  5. Murid yang aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4

  1. Murid hendaklah warganegara Malaysia
  2. Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  3. Cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  4. Murid perlu lulus saringan/ temuduga (hanya di KISAS)
  5. Murid yang aktif dalam kokurikulum

Diharap dengan penerangan dan panduan mengenai Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) ini dapat memberi manfaat buat pelajar-pelajar yang ingin memohon SBP 2018. Perhatian buat pemohon yang layak, sila hadir ke UKSBP pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan bagi memastikan cita-cita anda untuk memasuki sekolah-sekolah terbaik di Malaysia tercapai.

3 Comments

  1. kenapa dalam permohonan hanya menawarkan 5 sekolah sbp sahaja sedangkan terdapat banyak sbp yg lain dan ada lagi ka permohonan yg lain ?

  2. assalamualaikum. saya ada dua soalan.
    1. apakah pakaian utk calon ujian saringan sbp pada 11 dis ini
    2. saya ada baca bahawa perlu lengkapkan lampiran dan dibawa pada hari ujian. tapi saya tak jumpa sebarang lampiran utk dicetak dan diisi. terima kasih atas respon tuan kelak

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*