Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)

Pengenalan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Buat pelajar dan ibu bapa yang ingin memohon kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP 2020 Anda pasti tertanya-tanya mengenai Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP). Menurut info yang dikongsikan dari Soalan Lazim (FAQ)UKSBP merupakan ujian saringan yang baru diperkenalkan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.

UKSBP diperkenalkan bermula ambilan Tahun 2019 di mana murid yang berjaya dalam UKSBP ini akan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh. Oleh yang demikian, para pelajar yang ingin memohon hendaklah membuat semakan keputusan kelayakan untuk menduduki UKSBP.

Kemasukan SBP

Ujian Kelayakan Sekolah Berasrama Penuh 

Berikut adalah informasi penting bagi permohonan SBP termasuklah informasi lanjut mengenai Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP).

Tarikh Penting Permohonan SBP 2020 

1.Permohonan ke Tingkatan 1 SBP : 27 Ogos 2019 hingga 27 September 2019

2.Permohonan ke Tingkatan 4 SBP : 27 Ogos 2019 hingga 27 September 2019

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2020

UKSBP ialah ujian saringan yang bakal diwajibkan kepada murid yang terpilih sebagai salah satu syarat untuk kemasukan ke SBP. Bermula sesi ambilan tahun 2019, ianya diperkenalkan untuk permohonan kemasukan ke SBP yang seakan sama seperti ujian bagi permohonan MRSM. Berikut merupakan antara soalan-soalan lazim mengenai UKSBP :-

1. Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.

2. Adakah murid yang tidak berjaya/ tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

3. Bagaimanakah cara untuk menyemak keputusan kelayakan menduduki UKSBP?

Semua murid boleh menyemak keputusan kelayakan melalui laman sesawang www.moe.gov.my pada 4 Oktober 2019 bagi Tingkatan Satu (1) dan 11 Oktober 2019 bagi Tingkatan Empat (4).

4. Dimanakah dan bilakah UKSBP akan dijalankan?

Bagi Tingkatan Satu (1), UKSBP akan dijalankan secara serentak di semua pusat yang telah ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 14 hingga 18 Oktober 2019. Bagi Tingkatan Empat (4) akan dijalankan secara serentak di 69 pusat yang ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 21 hingga 24 Oktober 2019.

Syarat Permohonan Ke SBP

Berikut merupakan syarat permohonan murid ke SBP :

Pemilihan Murid Tingkatan 1

  1. Murid hendaklah warganegara Malaysia
  2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Murid perlu cemerlang akademik
  5. Murid yang aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4

  1. Murid hendaklah warganegara Malaysia
  2. Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  3. Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Cemerlang akademik (minimum Gred Markah A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  5. Murid perlu lulus saringan/ temuduga (hanya di KISAS)
  6. Murid yang aktif dalam kokurikulum

Diharap dengan penerangan dan panduan mengenai Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) ini dapat memberi manfaat buat pelajar-pelajar yang ingin memohon SBP 2020. Perhatian buat pemohon yang layak, sila hadir ke UKSBP pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan bagi memastikan cita-cita anda untuk memasuki sekolah-sekolah terbaik di Malaysia tercapai.