Tema Hari Guru 2018 Definisi Dan Huraian

Tema Hari Guru 2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan. Tema sambutan hari guru untuk tahun 2018 telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Dengan Temanya iaitu “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan” telah diambil sebagai Tema Hari Guru buat tahun 2018 ini. Ditetapkan pada tarikh 16 Mei untuk setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tarikh yang sama iaitu dalam tahun 1956 yang lepas mengikut sejarah Malaysia melalui Laporan Razak. Ianya telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Pelancaran Hari Guru tahun 2018 kali ini adalah untuk edisi yang ke 47. Boleh dilihat pada tahun lepas, jelas pada tarikh yang sama iaitu 16 Mei 2017 (Hari Selasa). Ianya telah dilangsungkan di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor.

Tema Hari Guru 2018 Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Tema Hari Guru “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan” telah dipilih secara rasminya untuk tahun 2018. Dikongsikan maklumat untuk sekalian rakyat berkaitan Tema Hari Guru 2018 yang meliputi tarikh pelancaran, Tema, huraian dan maksud yang tersirat disebalik maksud setiap ayat pada “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan” tersebut.

Definisi Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Berikut merupakan maksud yang terkandung pada setiap ayat untuk Tema Hari Guru 2018:

  • GURU: Guru merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong,
    membimbing dan membentuk kemenjadian murid
  • PEMACU: Penggerak yang menggerakkan sesuatu usaha dengan lebih cepat dan berkesan dalam
    memastikan kejayaan dan pencapaian sasaran
  • TRANSFORMASI: Membawa maksud melakukan perubahan terhadap sifat, tingkah laku,
    pengetahuan, pandangan dan sebagainya kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna
  • PENDIDIKAN: Bermaksud perihal mendidik yang merujuk kepada proses atau aktiviti untuk
    membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang

Huraian Tema Hari Guru 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Dijelaskan juga melalui huraian mengenai Tema Hari Guru tahun 2018:

  1. Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan transformasi pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, guru ialah agen penting dalam merealisasi transformasi melalui peringkat akar umbi pendidikan. Pada peringkat Gelombang 2 PPPM (2016-2020), guru perlu memainkan peranan sebagai pemacu dalam memastikan transformasi negara dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan. Guru berperanan menterjemahkan semua dasar dan aspirasi negara melalui pendidikan
  2. Guru perlu menanamkan keinginan dan hasrat yang tinggi bagi memastikan setiap murid mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang dirangka dalam PPPM 2013-2025. Dalam usaha menuju matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50), guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik modal insan yang bakal menerajui negara ke arah menjadi negara maju yang sejahtera, berinovasi dan berdaya saing dalam pelbagai bidang di peringkat global
  3. Dalam konteks Malaysia, transformasi pendidikan mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional. Justeru itu, guru perlu sentiasa bersedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking

Huraian ini boleh juga disemak melalui laman portal KPM.

Objektif Hari Guru Malaysia

Dikongsikan juga antara objektif-objektif kenapa diadakan Hari Guru ini:

  1. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru
  2. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat
  3. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat
  4. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia
  5. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan
  6. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya

Senarai Tema Hari Guru Dari Tahun 2000 Hingga Kini

Untuk panduan dan rujukan semua, berikut adalah senarai Tema-Tema Hari Guru dari tahun 2000 hingga tahun
2018 yang terkini:

  • 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2016/ 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
  • 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  • 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
  • 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

Marilah kita meraikan Hari Guru tahun 2018 dan menghayati sama-sama Temanya iaitu “Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”. Dari itu kita dapat membalas jasa guru yang telah berjasa dalam mendidik kita diri sendiri dan anak-anak bangsa kita kearah kejayaan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*