Tema Hari Guru 2019 Definisi Dan Huraian

Tema Hari Guru 2019 Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi. Tema sambutan hari guru untuk tahun 2019 telah diumumkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia. Dengan Temanya iaitu “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi” telah diambil sebagai Tema Hari Guru buat tahun 2019 ini. Ditetapkan pada tarikh 16 Mei untuk setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tarikh yang sama iaitu dalam tahun 1956 yang lepas mengikut sejarah Malaysia melalui Laporan Razak. Ianya telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Pelancaran Hari Guru tahun 2019 kali ini adalah untuk edisi yang ke 48. Tahun ini lokasi sambutan Hari Guru diadakan di Spice Arena, Pulau Pinang.

Selamat Hari Guru

Guru Pemacu Transformasi Pendidikan

Tema Hari Guru “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi” telah dipilih secara rasminya untuk tahun 2019. Namun begitu, definisi dapat dirungkai daripada logo yang direka bagi tahun ini.

Definisi Logo Hari Guru 2019 

Bagi tahun 2019, terdapat logo yang  direka khas untuk sambutan hari guru. Berikut dikongsikan maklumat berkaitan logo hari guru 2019 sebagai rujukan dan maksud disebalik logo yang dipilih.

logo tema hari guru 2019

  • BUKU : Logo buku melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan Menteri Pendidikan Malaysia iaitu YB Dr. Maszlee Malik. Seruan tersebut adalah untuk memperkukuh serta meningkatkan budaya membaca selain  menzahirkan hasrat agar negara kita menjadikan membaca sebagai budaya.
  • IKON ORANG: Ikon ini melambangkan ketidakperpisahan antara Guru dan Murid. Seorang guru yang mendidik muridnya sehingga berjaya, murid tersebut akan tetap menghargainya sepanjang hidup.
  • RONA EMAS: Dalam konteks warna, rona atau warna emas menggambarkan martabat (perumpamaan) seorang guru yang dikasihi. Dalam konteks nilai pula, ia melambangkan jasa guru yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.

Objektif Hari Guru Malaysia

Dikongsikan juga antara objektif-objektif kenapa diadakan Hari Guru ini:

  1. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru
  2. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat
  3. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat
  4. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia
  5. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan
  6. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya

Senarai Tema Hari Guru Dari Tahun 2000 Hingga Kini

Untuk panduan dan rujukan semua, berikut adalah senarai Tema-Tema Hari Guru dari tahun 2000 hingga tahun
2019 yang terkini:

  • 2019: Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
  • 2018 : Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
  • 2016/ 2017 : Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2015 Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
  • 2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
  • 2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
  • 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
  • 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
  • 2010 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

Marilah kita meraikan Hari Guru tahun 2019 dan menghayati sama-sama Temanya iaitu “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi”. Dari itu kita dapat membalas jasa guru yang telah berjasa dalam mendidik kita diri sendiri dan anak-anak bangsa kita kearah kejayaan.