Semakan Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS. Berikut merupakan panduan buat calon-calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) (Darjah 6) tahun 2017. Tarikh rasmi keputusan UPSR 2017 akan diumumkan di Portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bahagian pemberitahuan. Semakan keputusan UPSR 2017 boleh disemak secara melalui dua cara iaitu secara atas talian  (online) dan SMS. Pada tahun lepas, tarikh rasmi semakan keputusan adalah pada hari Khamis bersamaan 17 November 2016. Tahun 2015 pula adalah pada hari Selasa 17 November 2015.

Bermula tahun 2017, keputusan UPSR dan PT3 yang diumumkan akan merangkumi pelbagai aspek seperti bahagian keputusan akademik, psikometrik, sukan dan lain-lain lagi mengikut PBS. Langkah ini adalah berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini yang hanya mempamerkan keputusan akademik sahaja. Langkah ini dibuat agar ibu bapa dapat menilai keputusan akademik, sahsiah, sukan para pelajar dan seumpamanya yang ditaksir oleh sekolah.

Semakan Keputusan UPSR

Tarikh Keputusan UPSR 2017 Diumumkan

Berikut dikongsikan tarikh keputusan UPSR 2017 yang akan diumumkan kelak dan cara membuat semakan keputusan UPSR. Untuk mendapatkan slip keputusan penuh peperiksaan UPSR, pelajar perlu hadir ke sekolah masing-masing.

Slip keputusan pula boleh diambil bermula dari pukul 10 pagi pada hari keputusan UPSR 2017 diumumkan. Selain itu, KPM juga ada menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS.

  • Tarikh Keputusan UPSR 2017 Diumumkan : Akan Dikemaskini (Tahun 2016 pada 17 November 2016)

Semakan Keputusan UPSR 2017 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat semakan UPSR 2017 :-

1. Semak Melalui SMS

Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 (result UPSR) melalui khidmat pesanan ringkas melalui mySMS ke 15888.

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS Keputusan UPSR 2017 akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada hari keputusan peperiksaan UPSR 2017 diumumkan. Tahun lepas adalah pada Khamis, 17 November 2016 sehingga jam 11.59 malam, 23 November 2016.

semakan sms upsr

 

Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 tidak termasuk GST. Perkhidmatan adalah tersedia buat pengguna Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan XOX.

Semakan UPSR 2017 Secara Online

Sistem semakan akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, semakan keputusan akan hanya memaparkan ringkasan keputusan.

  • Klik SPPAT (Akan dikongsikan dari masa kesemasa)
  • Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran pada ruangan yang disediakan

Nota Penting Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR 2017

Pelajar yang ingin memohon penyemakan semula keputusan UPSR 2017 boleh berbuat demikian dengan mengisi * Borang permohonan Semak Semula.

  1. Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan UPSR diumumkan
  2. Mohon semak semula hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A). Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses
  3. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my

Selamat membuat Semakan Keputusan UPSR 2017 secara Online Dan SMS. Didoakan semua calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah buat calon-calon UPSR semua.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*