Semakan Keputusan UPSR 2018 Online Dan SMS

Check Keputusan UPSR

Berikut merupakan panduan buat calon-calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) (Darjah 6) tahun 2018. Tarikh rasmi keputusan UPSR 2018 akan diumumkan di Portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bahagian pemberitahuan. Semakan keputusan UPSR 2018 boleh disemak melalui dua cara iaitu secara atas talian  (online) dan SMS. Pada tahun lepas, tarikh rasmi semakan keputusan adalah pada hari Khamis bersamaan 23 November 2017. Tahun 2016 pula adalah pada hari Selasa 17 November 2016.

Bermula tahun 2017, keputusan UPSR dan PT3 yang diumumkan akan merangkumi pelbagai aspek seperti bahagian keputusan akademik, psikometrik, sukan dan lain-lain lagi mengikut PBS. Langkah ini adalah berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini yang hanya mempamerkan keputusan akademik sahaja. Langkah ini dibuat agar ibu bapa dapat menilai keputusan akademik, sahsiah, sukan para pelajar dan seumpamanya yang ditaksir oleh sekolah.

Semakan Keputusan UPSR

Tarikh Keputusan UPSR 2018 Diumumkan

Berikut dikongsikan tarikh keputusan UPSR 2018 yang akan diumumkan kelak dan cara membuat semakan keputusan UPSR. Untuk mendapatkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR), pelajar perlu hadir ke sekolah masing-masing. Waris adalah dibenarkan untuk mengambil dokumen pelaporan sekiranya murid tidak dapat mengambilnya sendiri.

PPSR merupakan suatu dokumen yang melaporkan kejayaan murid pada akhir persekolahan peringkat rendah yang lebih holistik dan bermakna.

Pelaporan tersebut merangkumi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Psikometrik(PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR)bagi murid aliran perdana atau Pentaksiran Alternatif yang Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran.

Selain itu, KPM juga ada menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS dan online.

  • Tarikh Keputusan UPSR 2018 Diumumkan : 29 November 2018 (Hari Khamis) mulai jam 1000 pagi
    • Tarikh RASMI selepas diumumkan oleh KPM

Semakan Keputusan UPSR 2018 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat semakan UPSR 2018 :-

1. Semak Melalui SMS

Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2018 (result UPSR) melalui khidmat pesanan ringkas melalui mySMS ke 15888.

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS Keputusan UPSR 2018 akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada hari keputusan peperiksaan UPSR 2018 diumumkan.

keputusan upsr 2017

Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 tidak termasuk GST. Perkhidmatan adalah tersedia buat pengguna Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan XOX.

Semakan UPSR 2018 Secara Online

Sistem semakan akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, semakan keputusan akan hanya memaparkan ringkasan keputusan.

  • Klik SPPAT
    • Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran pada ruangan yang disediakan

Nota Penting Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR 2018

Pelajar yang ingin memohon penyemakan semula keputusan UPSR 2018 boleh berbuat demikian dengan mengisi * Borang permohonan Semak Semula (Akan dikongsikan)

  1. Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan UPSR diumumkan
  2. Mohon semak semula hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A). Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses
  3. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my

Selamat membuat Semakan Keputusan UPSR 2018 secara Online Dan SMS. Didoakan semua calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2018 berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah buat calon-calon UPSR semua.