Takwim Tarikh Kemasukan Markah SAPS 2017

Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS Tahun 2017. Untuk makluman ibu bapa dan penjaga, semakan keputusan peperiksaan terkini boleh dibuat selepas kemasukan markah.  Markah keputusan kebiasaannya akan dikemaskini di sistem SAPS Ibu Bapa selepas tamat sesuatu peperiksaan. Takwim Tarikh Kemasukan Markah SAPS 2017 dikemaskini di dalam sistem adalah mengikut tarikh yang dikongsikan di bawah ini.

Oleh itu, para ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka secara online berdasarkan kepada takwim tarikh kemasukan markah. Langkah-langkah untuk membuat semakan boleh dirujuk di Semakan SAPS Ibu Bapa.

Takwim Tarikh Kemasukan Markah SAPS 2017

Takwim Tarikh Kemasukan Markah SAPS 2017

Berdasarkan kepada Laman Web SAPSNKRA, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS),  berikut merupakan Takwim SAPS 2017 (tarikh kemasukan markah peperiksaan dalaman). Di antara maklumat yang dipaparkan adalah jenis peperiksaan, tahun/ tingkatan dan tarikh mula dan akhir masuk markah. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS ini adalah untuk kegunaan semakan sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Berikut merupakan takwim SAPS :-

Peperiksaan Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : 18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir)
  • Tarikh akhir terkini adalah pada 30 Jun 2017

Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)

Takwim Tarikh Kemasukan Markah SAPS 2017

Sumber SAPS

Nota Penting Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan Dan Semakan SAPS Ibu Bapa

Tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing

Antara peperiksaan yang boleh disemak keputusannya adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM walau bagaimanpun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa kekal memantau prestasi peperiksaan dan perkembangan pelajaran anak-anak anda. Semoga tarikh kemasukan markah peperiksaan di dalam Sistem SAPS Ibu Bapa ini boleh dijadikan panduan bagi ibu bapa dalam membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka.

login saps nkra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*