Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran Tahun 2019

Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran Tahun 2019. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak serta para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan dan pentaksiran pada tahun 2019, sudah pasti anda ingin mengetahui tarikh-tarikh penting peperiksaan dan pentaksiran tahun 2019. Perkongsian ini akan memaklumkan berkenaan tarikh Peperiksaan yang telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Tarikh-tarikh ini telah ditetapkan kepada umum yang merangkumi untuk 13 jenis peperiksaan dan pentaksiran di Malaysia pada tahun 2019 meliputi peperiksaan awam dan peperiksaan luar negeri.

Takwim Peperiksaan Dan Pentaksiran Awam & Luar Negeri Tahun 2019

Lembaga peperiksaan di bawah KPM telah mengumumkan tarikh-tarikh penting bagi calon-calon yang bakal menghadapi peperiksaan dan pentaksiran pada tahun 2019. Di ingatkan mengenai perkara penting ini kepada ibu bapa, guru-guru dan para pelajar yang terlibat dengan merujuk kepada kalendar atau tarikh-tarikh peperiksaan dan pentaksiran yang dikongsikan seperti jadual di bawah.

Senarai Peperiksaan dan Pentaksiran

Seperti yang tersenarai di dalam jadual tersebut merangkumi peperiksaan kebangsaan dan luar negeri iaitu:

Peperiksaan & Pentaksiran Kebangsaan

Peperiksaan & Pentaksiran Luar Negeri

  • The Associated Board Of The Royal Schools Of Music (ABRSM)
  • The Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)
  • University of London (UoL)
  • The Association Of International Accountants (AIA)
  • Diplome d’Etudes En Language Francaise (DELF)
  • International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) Literature (English) 0486

Tarikh Peperiksaan Awam Dan Peperiksaan Luar Negeri 2019

Takwim Peperiksaan Awam 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh peperiksaan awam 2019 beserta kaedah peperiksaan yang dijalankan:

Peperiksaan

Kaedah

Tarikh

Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)Lisan

Bertulis

3 Hingga 30 Jun 2019

25 Hingga 27 Jun 2019

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)Bertulis4 – 5 September 2019 dan 10 Hingga 12 September 2019
i. Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) ProKhas 11 Julai – 30 Ogos 2019
ii. Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) ProKhas 110 September hingga 11 Oktober 2019
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)Pentaksiran Pendidikan Kesenian PT3

18 Februari hingga 12 Julai 2019

Lisan

Bertutur (BM, BA – KBD : 18 Hingga 30 Ogos 2019 & BI : 2 – 13 September 2019

Mendengar : BM : 23 Sept, BI : 24 Sept, BA (Al-Lughah Al Arabiah Al Mu’asirah) – 25 September 2019

Maharat Al-Quran & Hifz Al-Quran (KBT) : Ujian Tilawah & Hafazan : 10 Hingga 20 September 2019

Bertulis30 Sept. hingga 8 Oktober 2019
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

21 – 23 dan 30 – 31 Oktober 2019

Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV)Bertulis

(Akademik)

30 Sept. hingga 2 Oktober 2019
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Lisan

Bertulis

3 – 30 Jun 2019

Fasa 1 : 14 – 17 Oktober 2019 & Fasa 2 : 5 – 27 November 2019

 

SUMBER : LPM

Ibu bapa serta guru-guru boleh dijadikan peranan utama untuk membantu serba sedikit terhadap peperiksaan dan pentaksiran bakal tiba tersebut. Oleh yang demikian, mereka seharusnya mengingati kepada para pelajar berkenaan tarikh-tarikh penting ini. Di samping itu, anda boleh menjadikan tarikh-tarikh ini sebagai waktu penting di dalam jadual kehidupan. Tambahan lagi, ianya boleh dijadikan penanda aras masa/waktu supaya anda tidak leka daripada terlepas peluang untuk membuat persediaan awal.

Perlu diingatkan kepada calon-calon untuk peperiksaan penting anda dengan membuat persiapan awal dan rapi daripada segi fizikal dan mental. Semoga perkongsian takwim peperiksaan dan pentaksiran 2019 ini dapat menjadi rujukan dan panduan kepada anda untuk peperiksaan dan pentaksiran yang bakal tiba.