Syarat kemasukan tingkatan 6 terkini

Berbanding dengan IPTA, untuk pelajar lepasan SPM. Mereka juga boleh menyambung pengajian mereka ke Tingkatan 6 atau Form 6. Ini adalah panduan kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke selepas tamatnya SPM. Ini adalah masanya untuk anda yang menunggu keputusan samaada ditawarkan masuk atau tidak. Terlebih dahulu, anda mestilah mengetahui Syarat Kemasukan Tingkatan 6 yang terkini untuk memudahkan urusan yang seterusnya.

Dimaklumkan bahawa, mengenai tawaran kemasukan Tingkatan 6/Form 6. Maklumat berkenaan ini boleh disemak pada sekitar bulan April 2018. Perlu diingatkan bahawa, anda tidak perlu memohon kerana pelajar yang layak dan melepasi syarat kemasukan sahaja akan ditawarkan untuk memasuki Tingkatan 6.

Syarat Kemasukan Tingkatan 6

Syarat Terkini Untuk Kemasukan Tingkatan 6/Form 6

Maklumat berikut adalah merupakan syarat-syarat untuk kemasukan ke Tingkatan 6/Form 6 yang terkini. Ianya dikongsikan dari syarat kemasukan pada tahun 2018 untuk panduan pelajar semua. Diingatkan juga kepada pelajar yang tidak mendapat tawaran kemasukan boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh yang telah ditetapkan.

Syarat Am Kemasukan Tingkatan 6

Ini adalah syarat am kemasukan ke Tingkatan 6/Form 6 yang terkini:

  1. Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2018
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

Syarat Khas Kemasukan Tingkatan 6/Form 6

1. JURUSAN SAINS

Untuk jurusan Sains, Murid hendaklah mendapat sekurang-kurangnya “TIGA kepujian” dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Matematik/Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Pengurusan Makanan/Pengajian Pakaian
  • Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Reka Cipta/Teknologi Kejuruteraan/Information And Communication Technology/Pengajian Agroteknologi

2. JURUSAN KEMANUSIAAN

i. Sekolah Menengah Harian / Sekolah Menengah Teknik

Murid perlu mendapatkan sekurang-kurangnya “TIGA kepujian” dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Kesusasteraan Melayu/Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi/Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual/Seni Halus/Teater/Reka Bentuk/Pendidikan Muzik/Muzik/Tari
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
  • Matematik/Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains/Sains Tambahan/Applied Science
  • Salah satu mata pelajaran Teknik/Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Tasawwur Islam/Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah/Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Cina/Bahasa Tamil/Bahasa Arab/Bahasa Iban/Bahasa Kadazandusun
  • Sains Pertanian/Pengajian Keusahawanan/Perdagangan/Ekonomi Asas/Ekonomi Rumah Tangga/Pengetahuan Sains Sukan
  • English For Science And Technology

ii. Sekolah Menengah Agama

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)

Murid perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab. Dan mendapat sekurang-kurangnya “TIGA kepujian” dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:-

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Kesusasteraan Melayu/Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi/Pendidikan Seni Visual/Komunikasi Visual/Seni Halus/Teater/Reka Bentuk
  • Matematik/Matematik Tambahan
  • Pendidikan Muzik/Muzik/Tari
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
  • Prinsip Perakaunan
  • Salah satu mata pelajaran Teknik/Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Sains/Sains Tambahan/Applied Science
  • Tasawwur Islam/Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Bahasa Arab
  • Sains Pertanian/Pengajian Keusahawanan/Perdagangan/Ekonomi Asas/Ekonomi Rumah Tangga/ Pengetahuan Sains Sukan
  • Pendidikan Syariah Islamiah

b) Di Sekolah Berasrama Penuh (Agama) Di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu

Murid perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mendapat sekurang-kurangnya “TIGA kepujian” dengan jumlah mata gred tidak melebihi 14 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Kesusasteraan Melayu/Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi/Pendidikan Seni Visual/Komunikasi Visual/Seni Halus/Teater/Reka Bentuk
  • Pendidikan Muzik/Muzik/Tari
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
  • Matematik/Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Salah satu mata pelajaran Teknik/Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Sains/Sains Tambahan/Applied Science
  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Tasawwur Islam/Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
  • Rumah Tangga/Pengetahuan Sains Sukan
  • Sains Pertanian/Pengajian Keusahawanan/Perdagangan/Ekonomi Asas/Ekonomi

iii. Murid Berkeperluan Khas (MBK)

a) Pastikan mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu;

b) Had umur di antara 17 hingga 21 tahun pada 1 Januari tahun semasa iaitu tahun 2017

Syarat Untuk Kemasukan Tingkatan 6/Form 6: Syarat Khas

1. Jurusan Sains

Murid perlu mendapatkan sekurang-kurangnya “TIGA kepujian” dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran iaitu sekurang-kurangnya C bagi mata pelajaran berikut:

  • Matematik/ Matematik Tambahan
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Pengurusan Makanan/Pengajian Pakaian
  • Lukisan Kejuruteraan/Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Awam/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/Reka Cipta/Teknologi Kejuruteraan/Information And Communication Technology/Pengajian Agroteknologi

2. Jurusan Sains Sosial (Syarat Kemasukan Tingkatan 6/Form 6)

i. Sekolah Menengah Harian.

Murid perlu mendapatkan sekurang-kurangnya “TIGA kepujian” dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran daripada kumpulan yang berlainan seperti berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Melayu
  • Kesusasteraan Melayu/Literature in English
  • Sejarah
  • Geografi
  • Pendidikan Seni Visual
  • Komunikasi Visual
  • Seni Halus
  • Teater
  • Pendidikan Muzik
  • Muzik
  • Reka Bentuk
  • Tari
  • Pendidikan Islam/Pendidikan Moral
  • Matematik/Matematik Tambahan
  • Prinsip Perakaunan
  • Sains/Sains Tambahan/Applied Science

Salah satu mata pelajaran Teknik/ Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah/Tasawwur Islam/Pendidikan Syariah Islamiah
  • Bahasa Cina/Bahasa Arab/Bahasa Tamil/Bahasa Kadazandusun/Bahasa Iban/English for Science and Technology
  • Pengajian Keusahawanan/Sains Pertanian/Perdagangan/Ekonomi Rumah Tangga/Pengetahuan Sains/SukanEkonomi Asas

ii. Sekolah Menengah Agama (Syarat Kemasukan Tingkatan 6)

a) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Murid perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred D bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya “TIGA kepujian” dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut:

  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Syariah Islamiah

b) Di Sekolah Berasrama Penuh Bagi Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu.

Murid perlu mendapatkan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Mendapat sekurang-kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit bagi 3 mata pelajaran elektif seperti berikut:

  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Syariah Islamiah

Gred/Cara Pengiraan Kemasukan (Syarat Kemasukan Tingkatan 6)

Ini adalah merupakan jadual nilai mata gred atau cara pengiraan yang digunakan untuk pemilihan pelajar ke Tingkatan 6/Form 6:

sy 0 min

Diharapkan melalui perkongsian berkenaan Syarat Kemasukan Tingkatan 6/Form 6 ini dapat membantu serta memudahkan urusan permohonan para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6/Form 6. Selamat maju jaya dengan penuh tekad usaha!