Syarat Kemasukan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) Terkini

Syarat Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara Terkini. Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah Syarat kelayakan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ? Sehubungan dengan itu, kami kongsikan Syarat Kemasukan MRSM Terkini : Umum Dan Akademik untuk panduan pelajar yang berminat.

Pengambilan pelajar tahun 2018 telah dibuka dari 19 September hingga 31 Oktober 2017. Syarat yang dikongsikan adalah syarat umum dan syarat kelayakan akademik. Kita semua tahu bahawa MRSM adalah di antara sekolah terbaik di seluruh Malaysia selain Sekolah Berasrama Penuh dan SBT.

Senarai jenis aliran yang ditawarkan di MRSM seluruh Malaysia : Klik PROGRAM MRSM

Syarat Kemasukan MRSM

Syarat Kelayakan Umum Dan Akademik Kemasukan Ke MRSM Sesi 2018

Semua pelajar Tahun 6 (UPSR) dan Tingkatan 3 (PT3) yang berminat memasuki MRSM adalah dinasihatkan untuk merujuk lepada syarat kelayakan permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sebelum memohon.

Syarat Kemasukan MRSM Terkini

Berikut adalah Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan 4 Terkini untuk rujukan pelajar semua.

Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Memiliki sikap diri yang positif
  2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.

Syarat Umum  MRSM

Turut dikongsikan adalah antara syarat umum yang perlu dilepasi oleh pemohon sebelum membuat Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 4 2018 secara online :-

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  3. Permohonan terbuka kepada pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk kemasukan Tingkatan 1.
  4. Calon PT3 2017 juga digalakkan untuk membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM pada tarikh yang telah ditetapkan.
  5. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online self-assessment (OLSA) pada masa yang telah ditetapkan

Pelajar perlu menduduki Ujian  Kecenderungan  Kemasukan  ke  MRSM  (UKKM)  Tingkatan 1 pada tarikh antara 19 September hingga 31 Disember 2017.

Syarat Kelayakan Akademik Tingkatan 1 2018 MRSM

  • Memperoleh keputusan 3A3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah & Sarawak) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2017.
  • Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR tahun 2017.
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
    Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Syarat Kelayakan Akademik Tingkatan 4 2018

  1. Memperoleh keputusan minimum 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A SB (Sabah & Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (P13) tahun 2017 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian).

Nota Penting

Untuk pengetahuan pemohon, pemohon yang ditawarkan ke Sekolah  Berasrama  Penuh (SBP) dan    Sekolah    Berasrama    Penuh    Integrasi    (SBPI)    Kementerian Pendidikan  Malaysia  tidak  akan  ditawarkan  ke  MRSM.

Diharapkan pelajar Tahun 6 dan PT3 2017 yang berminat dan memenuhi syarat kemasukan/ kelayakan yang ditetapkan boleh membuat permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan 4 secara online di MARA. Selamat maju jaya kepada pemohon dan semoga anda berjaya dalam permohonan mendapataan tawaran kemasukan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*