Syarat Kemasukan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) Terkini

Syarat Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara Terkini. Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah Syarat kelayakan kemasukan ke Tingkatan 1 dan 4 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ? Sehubungan dengan itu, kami kongsikan Syarat Kemasukan MRSM Terkini : Umum Dan Akademik untuk panduan pelajar yang berminat.

Pengambilan pelajar tahun 2019 telah dibuka dari 9 September hingga 30 November 2018. Syarat yang dikongsikan adalah syarat umum dan syarat kelayakan akademik. Kita semua tahu bahawa MRSM adalah di antara sekolah terbaik di seluruh Malaysia selain Sekolah Berasrama Penuh dan SBT.

  • Senarai jenis aliran yang ditawarkan di MRSM seluruh Malaysia : Klik PROGRAM MRSM

Syarat Kemasukan MRSM

Syarat Kelayakan Umum Dan Akademik Kemasukan Ke MRSM Sesi 2019

Semua pelajar Tahun 6 (UPSR) dan Tingkatan 3 (PT3) yang berminat memasuki MRSM adalah dinasihatkan untuk merujuk lepada syarat kelayakan permohonan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sebelum memohon.

Syarat Kemasukan MRSM Terkini

Berikut adalah Syarat Kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan 4 Terkini untuk rujukan pelajar semua.

Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Memiliki sikap diri yang positif
  2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.

Syarat Umum  MRSM

Turut dikongsikan adalah antara syarat umum yang perlu dilepasi oleh pemohon sebelum membuat Permohonan MRSM Tingkatan Satu (1) & 4 2019 secara online :-

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia
  3. Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan KoKurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) – untuk kemasukan Tingkatan 1.
  4. Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM : Calon menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (PT3), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometerik (PPsi)
  5. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online
  6. Calon sihat tubuh badan, bebas daripada masalah mental, penyakit kronik sepert masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan – epilepsy dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan, membataskan serta menyukarkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum
  7. Pelajar kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan orang lain
  8. Calon mestilah berminat belajar di MRSM

Syarat Kelayakan Akademik Tingkatan 1 2018 MRSM

  • Memperoleh keputusan 3A3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah & Sarawak) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2018.
  • Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR tahun 2018.
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
    Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Syarat Kelayakan Akademik Tingkatan 4 2019

  1. Memperoleh keputusan minimum 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A SB (Sabah & Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (P13) tahun 2017 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian).

Nota Penting

Untuk pengetahuan pemohon, pemohon yang ditawarkan ke Sekolah  Berasrama  Penuh (SBP) dan    Sekolah    Berasrama    Penuh    Integrasi    (SBPI)    Kementerian Pendidikan  Malaysia  tidak  akan  ditawarkan  ke  MRSM.

Diharapkan pelajar Tahun 6 dan PT3 2018 yang berminat dan memenuhi syarat kemasukan/ kelayakan yang ditetapkan boleh membuat permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 secara online di MARA. Selamat maju jaya kepada pemohon dan semoga anda berjaya dalam permohonan mendapataan tawaran kemasukan.