Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Online. Buat Ibu bapa dan penjaga murid yang ingin mengikuti perkembangan pembelajaran anak-anak,  terdapat sistem keluaran KPM yang akan membantu anda. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) NKRA kini menyedialan semakan keputusan ujian dan peperiksaan secara online. Sistem SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online ini sekaligus dapat membantu ibu bapa dalam memantau prestasi pencapaian pelajaran anak mereka dengan lebih mudah dan merancang perjalanan pembelajaran mereka.

SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online ini akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar, markah termasuk gred dan kedudukan di dalam kelas. Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat untuk Darjah 1 hingga Darjah 6 di sekolah rendah. Untuk semakan keputusan perperiksaan sekolah menengah, semakan disediakan untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Online

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Online

Dikongsikan kepada anda panduan untuk membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA. Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak di sini adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1 dan Ujian 2
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

PERHATIAN Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM  tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Langkah-langkah mudah dan senang untuk ibu bapa dan penjaga murid dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online adalah seperti berikut :-

  1. Sila layari laman web SAPS IBU BAPA untuk akses ke menu utama.

Langkah Semakan SAPS seterusnya adalah seperti berikut:-

2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space)

3. Pilih negeri di mana terletak nya sekolah dan pilih nama sekolah terkini.

4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke sub-menu seperti paparan di bawah:

5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian 1 dan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.

Paparan Slip Keputusan SAPS Ibu Bapa

6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Online

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS Tahun 2017

Semakan Keputusan Peperiksaan Terkin 2017 hanya boleh dibuat selepas markah selesai diisi. Berikut adalah Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Ia memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.SAPS Ibu Bapa 2017 Semak Keputusan Peperiksaan

Peperiksaan-peperiksaan berikut:

1. Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : 18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir)
  • Terkini : Tarikh akhir adalah pada 20 Jun 2017

2. Percubaan

  • Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

3. Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)

Nota

*Tarikh yang sama boleh digunakan sebagai rujukan bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Semoga SAPS, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) ini akan menjadi satu sistem online yang terbaik untuk ibu bapa untuk memantau perkembangan anak-anak.

login saps nkra

3 Comments

  1. My son IC number has been recorded in SAPS wrongly…
    Facing difficulties to change now as the teacher unable to do it ….
    Please advise me as need to amend it immediately for his future studies locally…
    Thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*