Semakan UKSBP 2019 Ujian Kemasukan SBP

Semakan Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2019 Online. Perhatian buat para pemohon yang membuat permohonan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 dan 4 bagi tahun 2019. Berikut adalah panduan Semakan UKSBP 2019 Online,  Ujian Kemasukan SBP yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Pelajar yang memohon untuk memasuki sekolah berasrama penuh (SBP) perlu membuat semakakn pusat UKSBP atau keputusan kelayakan menduduki UKSBP pada 5 Oktober 2018 samada layak terpilih untuk menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) pada 15 sehingga 18 Oktober 2018 ini.

UKSBP merupakan pengenalan syarat baru kemasukan ke SBP. Ia adalah satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada murid yang terpilih sahaja. Pelajar yang berjaya dalam UKSBP mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Proses pemilihan baru ini adalah dengan matlamat untuk melahirkan murid yang seimbang dalam semua aspek termasuk akademik, sahsiah diri dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti ko-kurikulum.

Semakan UKSBP

Semakan Keputusan Kelayakan Menduduki UKSBP 2019 Online

Berikut panduan penting semakan calon layak menduduki UKSBP. Semakan ini menentukan kelayakan menduduki Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) buat para pemohon.

Tarikh Dan Applikasi Semakan UKSBP 2019

  1. Semakan pada 5 Oktober 2018
  2. Klik Semakan Layak UKSBP atau KPM
  3. Soalan UKSBP adalah berasaskan kepada IQ, EQ, SQ dan pengetahuan am.
  4. Sila bawa kad pengenalan pemohon dan Slip Menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang semakan UKSBP

Tarikh Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) 2019

Tarikh ujian adalah pada:

  1. 15 hingga 18 Oktober 2018
    • di 207 pusat ujian yang telah ditetapkan di seluruh negara

UKSBP Fasa 2 Tahun 2019

  • Akan dikemaskini jika diadakan tahun 2019

UKSBP untuk Fasa 2 2018 untuk permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) SBP diadakan pada 23 dan 24 Januari 2018 bagi calon yang belum menduduki ujian tersebut.

Syarat Pemilihan Ke SBP

Apakah syarat pemilihan murid ke SBP? Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP. Murid yang tidak mengambil/ tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

Selain UKSBP yang pertama kali diperkenalkan pada tahun ini, pemilihan juga adalah berdasarkan kepada merit dengan mengambil kira keempat-empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kementerian Pendidikan mengumumkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menjadi sebahagian daripada komponen PPSR dalam usaha mengurangkan tumpuan keterlaluan terhadap peperiksaan.

Selain UPSR, tiga komponen PPSR ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulam (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pemilihan Murid Tingkatan 1

  1. Murid merupakan warganegara Malaysia
  2. Murid dari Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  4. Murid cemerlang akademik
  5. Murid aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4

  1. Murid merupakan warganegara Malaysia
  2. Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
  3. Cemerlang akademik (minimum Gred Markah A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain)
  4. Murid lulus saringan/ temuduga (hanya di KISAS)
  5. Murid aktif dalam kokurikulum

Diharap agar panduan ini dapat membantu anda dalam proses kemasukan ke SBP 2019. Diharap agar para pemohon yang berjaya agar prihatin akan tarikh-tarikh penting ini. Tahniah buat pelajar yang berjaya dalam Semakan UKSBP 2019 Online Ujian Kemasukan SBP. Semoga berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).