Semakan SAPS Ibu Bapa Online 2017

Semakan Online SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar. Berita baik buat ibu bapa dan penjaga, anda kini boleh menarik nafas lega dengan adanya Semakan SAPS Ibu Bapa Online. Dengan adanya sistem SAPS NKRA ini memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak mereka dengan mudah dan pantas.

Sistem SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan maklumat penting seperti slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar termasuk kedudukan dalam kelas.

Semakan SAPS Ibu Bapa Online

Apa Itu SAPS Semakan Ibu Bapa Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan inspirasi bekas Menteri Pendidikan Malaysia yang dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.

  1. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN,  PPD dan Sekolah.
  2. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak Di Semakan SAPS Ibu Bapa

Berikut dikongsikan senarai keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS NKRA :-

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Result peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Walau bagaimanapun, keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS. Pelajar perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan penuh peperiksaan mereka.

Langkah Membuat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Online

Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa:

  1. Anda boleh layari laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.

Semakan SAPS Ibu Bapa Online 2017

2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah:

Semakan SAPS Ibu Bapa Online 2017

5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.

6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Semoga dengan kewujudan sistem SAP ini dapat memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak-anak mereka. Diharap langkah-langkah diatas  sekaligus dapat memberikan tips/ panduan buat ibu bapa dalam merancang program pembelajaran anak mereka di rumah.

login saps nkra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*