Semakan Online SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Pelajar. Berita baik buat ibu bapa dan penjaga, anda kini boleh menarik nafas lega dengan adanya Semakan SAPS Ibu Bapa Online. Dengan adanya sistem SAPS NKRA ini memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak mereka dengan mudah dan pantas.
Sistem SAPS Ibu Bapa ini akan memaparkan maklumat penting seperti slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar termasuk kedudukan dalam kelas.
Apa Itu SAPS Semakan Ibu Bapa Online?
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan inspirasi bekas Menteri Pendidikan Malaysia yang dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
- SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
- Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
- Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.
Kelebihan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Semakan SAPS Ibu Bapa
Melalui sistem SAPS ini, ibu bapa dapat memantau prestasi anak-anak mereka melalui sistem pengredan dan markah bagi setiap subjek yang diambil anak-anak. Dengan memberi perhatian terhadap perkembangan anak-anak, ibu bapa dapat mengambil langkah pro akif bagi membantu meningkatkan prestasi akademik mereka.
Bagi para guru pula, sistem SAPS ini dapat membantu mereka menghasilkan analisis peperiksaan dengan lebih tepat. Analisis ini amat penting dalam membantu proses guru-guru melakukan proses pembelajaran. Para guru dapat menyesuaikan tempo pembelajaran berdasarkan pemerhatian tahap penguasaan para pelajar untuk setiap subjek.
Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak Di Semakan SAPS Ibu Bapa
Berikut dikongsikan senarai keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS NKRA :-
- Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
- Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)
Result peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-
- Ujian 1
- Peperiksaan Pertengahan Tahun
- Ujian 2
- Peperiksaan Akhir Tahun
- Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM
Walau bagaimanapun, keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS. Pelajar perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan penuh peperiksaan mereka.
Langkah Membuat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Online
Berikut merupakan langkah-langkah untuk membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa:
Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah | |||
Langkah-langkah mudah dan senang untuk ibu bapa dan penjaga murid dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online adalah seperti berikut :- | |||
NO | AKTIVITI | ||
1 | Sila layari laman web SAPS IBU BAPA untuk akses ke menu utama | ||
2 | Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space) | ||
![]() | |||
3 | Pilih negeri di mana terletaknya sekolah dan pilih nama sekolah terkini | ||
![]() | |||
4 | Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah :- | ||
5 | Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan dan sebagainya | ||
![]() | |||
6 | Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan | ||
![]() | |||
7 | Slip keputusan memaparkan subjek yang di ambil, gred dan markah bagi setiap subjek berserta markah keseluruhan. Markah keseluruhan ini dijadikan penanda aras bagi mengira peratus pencapaian, menentukan sama ada murid tersebut lulus atau gagal. Berdasarkan slip ini, para ibu bapa dapat membuat perbandingan dbagi kedudukan kelas dan kedudukan dalam darjah | ||
NOTA : Analisa markah memaparkan keputusan 4 peperiksaan utama bagi tahun tersebut. Berdasarkan analisa ini, ibu bapa dapat membandingkan markah keempat-empat ujian bagi menilai prestasi anak-anak |
Berikut merupakan contoh Analisa markah memaparkan keputusan 4 peperiksaan utama bagi tahun tersebut. Berdasarkan analisa ini, ibu bapa dapat membandingkan markah keempat-empat ujian bagi menilai prestasi anak-anak.
Semoga dengan kewujudan sistem SAP ini dapat memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi akademik anak-anak mereka. Diharap langkah-langkah diatas sekaligus dapat memberikan tips/ panduan buat ibu bapa dalam merancang program pembelajaran anak mereka di rumah.