Semakan Keputusan Tingkatan 6 2019 Online & SMS

Menyambung pelajaran pasca SPM dengan memasuki Tingkatan 6 atau Form 6 adalah salah satu pilihan buat pelajar. Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan semakan keputusan Tingkatan 6 tahun 2019 yang boleh disemak secara online dan juga melalui SMS.

Tarikh rasmi keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan diumumkan adalah pada 16 April 2019.

Semakan Tawaran Tingkatan 6

Semakan Keputusan Tingkatan 6 Tahun 2019

Berikut dikongsikan maklumat semakan keputusan tawaran Tingkatan 6 sesi 2019-2020. Untuk makluman, tarikh keputusan tawaran pada tahun-tahun sebelumnya adalah seperti berikut:-

Tarikh Semakan Tawaran Tingkatan 6

Info
Semakan DibukaSemakan Ditutup
16 April 201917 Mei 2019

Sistem Aplikasi Online Semakan Keputusan Tingkatan 6 (Enam)

Sistem Aplikasi Semakan SST6 Online
Sistem aplikasi semakan hanya diaktifkan bermula pada tarikh yang telah dinyatakan
Senarai Sekolah Yang Menawarkan Tingkatan 6 Seluruh Negeri

Pelajar boleh membuat semakan melalui SMS dengan mengikuti langkah berikut:-

 

SEMAKAN MELALUI SMS

Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) No kad pengenalan dan hantar ke 15888
Taip: MOE (jarak) T6 (jarak) Angka Giliran dan hantar ke 15888

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran di sekolah yang ditetapkan mulai 10 Jun 2019.

NOTA PENTING SEMAKAN KEPUTUSAN TINGKATAN 6

1. Calon yang sedang menunggu tawaran UPU, PERLU MELAPOR DIRI di sekolah yang ditetapkan
2. Bagi calon yang mengambil SPMU Ulangan 2019, permohonan rayuan ke Tingkatan 6 hanya boleh dibuat pada sesi kemasukan Tahun 2020
3. Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM yang dipaparkan. Semua maklumat tawaran termasuk sekolah yang ditempatkan serta makluman yang perlu diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun

Pelajar yang gagal mendapat tawaran kemasukan Tingkatan 6 boleh membuat rayuan dengan mengisi borang rayuan secara manual dan menyertakan dokumen sokongan yang diperlukan

PERMOHONAN RAYUAN TINGKATAN 6 2018

1. Tarikh rayuan adalah dari 16 April 2019 sehingga 24 Mei 2019
2. Panduan dan Muat Turun Borang Rayuan Tingkatan 6 2019
3. Permohonan rayuan adalah mengikut kategori pelajar yang dinyatakan dalam borang rayuan
4. Semakan keputusan rayuan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) akan diumumkan pada 10 Jun 2019 di pautan :-

5. Murid yang berjaya dalam rayuan hendaklah melapor diri mulai 25 Jun 2019 dan selewat-lewatnya dalam tempoh 7 hari bekerja. Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap sebagai menolak tawaran