Semakan Keputusan SPM 2019 Online & Aplikasi Mobile

Check Result SPM 2019 Secara Online, Aplikasi Mobile Dan SMS. Masanya sudah tiba buat pelajar Tingkatan 5 tahun 2019 untuk mendapatkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lazimnya akan mengeluarkan semakan keputusan SPM 2019 sekitar bulan Mac 2020.

Calon peperiksaan boleh mendapatkan keputusan mereka dengan hadir ke sekolah pada jam 1000 pagi atau membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Calon juga boleh mendapatkan keputusan melalui semakan meggunakan telefon bimbit melalui aplikasi e-Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Semakan Keputusan SPM

Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2019

Untuk panduan calon peperiksaan SPM, berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan semakan keputusan peperiksaan SPM tahun 2019. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh rasmi keputusan diumumkan dan cara membuat semakan. Untuk makluman, result SPM pada tahun lepas telah diumumkan pada hari Khamis, 15 Mac 2019. Pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan dengan lulus cemerlang berpeluang besar untuk melanjutkan pengajian tinggi mereka ke UA/ IPTA melalui Permohonan UPU online.

Tarikh Rasmi Keputusan SPM 2019 Diumumkan

Berikut adalah senarai tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan untuk tahun 2019 dan tahun sebelumnya:-

  • 2019 : akan dikemaskini
  • 2018 : 14 Mac 2019 (Hari Khamis)
  • 2017 : 15 Mac 2018 (Hari Khamis)
  • 2016 : 16 Mac 2017 (Hari Khamis)
  • 2015 : 3 Mac 2016
  • 2014 : 3 Mac 2015.

Tarikh akan diumumkan secara rasmi di Portal Rasmi KPM di Bahagian Pemberitahuan.

Cara Membuat Semakan Keputusan SPM 2019

Berikut dikongsikan cara atau kaedah buat semakan keputusan SPM 2019 secara mobile dan melalui perkhidmatan SMS buat panduan pelajar. Sebarang perubahan dalam kaedah semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa :-

  1. Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan penuh peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas 1000 pagi pada tarikh keputusan SPM diumumkan iaitu pada tarikh yang akan dikemaskini
  2. Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu
  3. Pernyataan keputusan peperiksaan (Ringkasan) boleh disemak secara SMS dan applikasi mobile e-Lembaga Peperiksaan Malaysia

1. Semak Secara Online

Ringkasan Keputusan SPM boleh disemak secara online di

  • Akan dikemaskini dari masa kesemasa
  • SPPAT atau Lembaga Peperiksaan Malaysia

Sistem semakan akan hanya diaktifkan bermula dari tarikh keputusan peperiksaan diumumkan

2. Melalui Aplikasi Mobile

Keputusan peperiksaan SPM boleh disemak melalui aplikasi mobile/ telefon pintar yang telah diperkenalkan oleh LP iaitu e-Lembaga Peperiksaan. Calon boleh memuat turun apliaksi di Google Play untuk pengguna Android.

3. Melalui SMS

KPM ada menyediakan perkhidmatan semakan keputusan peperiksaan SPM melalui khidmat mySMS 15888. Cara semakan adalah seperti berikut :-

  • Taip SPM <jarak> Nombor kad pengenalan (K/P) <jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888
  • Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS (Tidak termasuk GST).

semakan spm 2017 sms

Semak Semula Keputusan SPM

Pelajar yang ingin membuat semakan semula keputusan SPM boleh berbuat demikan dengan mendapatkan borang semakan semula di sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Calon juga memuat turun borang semak semula di Laman web Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP).

Tarikh tutup permohonan adalah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

Kenyataan Media KPM

Berikut dikongsikan kenyataan media KPM terkini pada 6 Mac 2019 yang memaklumkan tarikh rasmi keputusan peperiksaan SPM diumumkan.

  • Seramai 421.706 orang calon menduduki peperiksaan SPM tahun 2018.

kenyataan media keputusan spm 2017

Selamat membuat semakan keputusan SPM 2019 secara mobile, online dan SMS. Tahniah kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran yang cemerlang.