Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2020

Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan SBP 2020 Tingkatan 1 Online. Untuk makluman buat pelajar Tahun 6 yang akan membuat permohonan kemasukan ke SBP ambilan 2020, permohonan telah dibuka pada 27 Ogos 2019. Berdasarkan kepada FAQ Permohonan SBP 2020, Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2020 akan diumumkan selewat-lewatnya pada 20 Disember 2019 ini iaitu selepas keputusan UPSR diumumkan. Semakan ini juga akan diumumkan selepas Ujian Kemasukan SBP (UKSBP) diadakan. Pada tahun 2018, tarikh semakan keputusan diumumkan bemula 21 Disember 2018.

Bagi penempatan ke Tingkatan Empat 4 SBP ambilan 2020, keputusan pemilihan akan diumumkan selewat-lewatnya pada 14 Januari 2020. Keputusan ini ialah selepas keputusan PT3 2019 diumumkan. Bagi murid yang gagal mendapat tawaran atau tidak membuat permohonan pertama, Permohonan e-Rayuan akan dibuka pada tarikh yang sama dengan keputusan SBP diumumkan.

Semakan Tingakatan 1 SBP
Semakan Keputusan Tawaran SBP 2020 Tingkatan 1 Online

Berikut adalah panduan semakan keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu mengikut tarikh dan aplikasi semakan serta panduan rayuan.

Tarikh Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2020

  • Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 : Hari Jumaat, 20 Disember 2019. Tahun lepas pada 21 Disember 2018.
  • Permohonan e-Rayuan SBP : Tarikh yang sama seperti tarikh mula semakan keputusan
  • Semakan erayuan ambilan 2 : Akan dikemaskini.

Pelajar adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di aplikasi e-perkhidmatan berkala untuk mendapatkan maklumat terkini semakan.

Aplikasi Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1

Keputusan boleh disemak secara atas talian atau online di

  • https://sst1.moe.gov.my/
  • Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2019 dan Klik Butang Semakan
  • Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon. Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut

Arahan Kepada Pemohon Yang Berjaya

Sekiranya pemohon berjaya dan bersetuju dengan tawaran yang berikan, sila CETAK surat dan lampiran tawaran dan bawa bersama ketika hari pendaftaran. Pihak SBP berhak menarik balik tawaran jika dokumen calon tidak lengkap semasa sesi pendaftaran di SBP.

Permohonan e-Rayuan SBP 2020

Perhatian buat pelajar yang gagal mendapat tempat di SBP, anda boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.

Nota : Murid yang gagal/tidak membuat permohonan secara online pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?

Untuk makluman murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, anda tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama. Murid tersebut akan diberikan peluang kedua dan akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.

Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka apabila tarikh pengumuman penawaran kepada murid yang berjaya diumumkan.

Cara Membuat Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak e-Rayuan

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Layari ke laman sesawang: Semakan SBP 2020
  • Klik sistem semakan Tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/ PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  • Klik pada e-rayuan
  • Maklumat yang diperlukan : A. MAKLUMAT DIRI, B. KEPIMPINAN / KOKURIKULUM, C. MAKLUMAT IBU BAPA DAN D. ALAMAT SURAT MENYURAT
  • Hantar.

2. Calon yang terlepas permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:

  • Layari ke laman sesawang: Semakan SBP 2020
  • Klik sistem semakan tawaran ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/ PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar

Semoga panduan ini memudahkan pemohon untuk membuat Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2020 secara Online. Tahniah buat pelajar yang berjaya untuk menyambung pelajaran menengah Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama Penuh. Buat mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan dan terus berusaha.