Semakan Keputusan PraSekolah KPM 2019 Online

Check Keputusan PraSekolah KPM

Cara Semak Keputusan Permohonan PraSekolah KPM 2019 Online.Khusus untuk para ibu/bapa serta penjaga yang telahpun membuat pendaftaran anak anda bagi permohonan kemasukan murid ke PraSekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2019 secara online atau secara manual. Anda kini boleh mula membuat semakan keputusan permohonan tersebut. Sekali lagi diingatkan bahawa maklumat semakan berkenaan adalah di dalam manual permohonan e-Prasekolah dan Semakan Keputusan PraSekolah KPM 2019 boleh disemak secara dalam talian/online dan manual.

Untuk panduan kepada para ibu/bapa serta penjaga dan juga pelajar, berikut diberitahu berkenaan maklumat yang berkaitan mengenai tarikh penting semakan keputusan dan rayuan permohonan PraSekolah KPM 2019. Diucapkan tahniah buat mereka terhadap permohonan anda telah berjaya diterima.

Semakan Keputusan PraSekolah KPM Online

Semakan Keputusan PraSekolah KPM Online

Mengikut manual permohonan pemohon e-Prasekolah yang telah dinyatakan sebelum ini, para ibu/bapa serta penjaga boleh mengetahui status permohonan ke PraSekolah KPM 2019 anak/murid anda melalui 2 kaedah mudah untuk membuat semakan seperti:

1. Maklumat Berkenaan Semakan Keputusan PraSekolah 2019 Online

Untuk menyemak keputusan ini, anda boleh melayari laman sesawang e-Prasekolah bermula pada 5 Ogos sehingga 20 Ogos 2018 seperti berikut:

Untuk makluman, tarikh yang dinayatakan berkenaan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan.

2. Maklumat Berkenaan Semakan Secara Manual Melalui Sekolah Yang Telah Dimohon

Bagi keputusan tawaran ini, anda boleh membuat semakan melalui sekolah yang telah dimohon sebelum ini bermula pada 5 hingga 20 Ogos 2018.

Membuat Permohonan Rayuan Kemasukan Ke PraSekolah 2019

Perkongsian ini adalah untuk panduan kepada mereka yang ingin membuat permohonan rayuan PraSekolah 2019:

Kepada permohonan mereka yang tidak berjaya, ibu/bapa serta penjaga boleh mengemukakan rayuan tersebut melalui laman sesawang seperti berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my

Harap maklum, anda diberi masa tempoh selama 2 minggu selepas keputusan semakan yang petama telah diumumkan.

Bagi ibu/bapa serta penjaga yang ingin mengemukakan permohonan rayuan secara manual, rayuan tersebut boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atauPejabat Pendidikan Wilayah (PPW)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPW/PPD.

Membuat Semakan Rayuan PraSekolah 2019

Segala perkara berkenaan keputusan rayuan Prasekolah 2019 anda. Ianya boleh disemak melalui laman sesawang seperti berikut: https://eprasekolah.moe.gov.my

Semakan ini dibuka bermula pada 10 September 2018 (tertakluk kepada sebarang pindaan). Sedia maklum juga kepada mereka yang membuat rayuan secara manual. Anda boleh membuat semakan PraSekolah di tempat permohonan rayuan yang dihantar sebelum ini. Untuk maklman, ibu/bapa serta penjaga juga akan diberitahu oleh pihak sekolah berkenaan mengenai permohonan bagi rayuan anda yang telahpun berjaya.

Helpdesk PraSekolah (Bantuan)

Sebarang bantuan atau pertanyaan boleh boleh dirujuk seperti:

  • Jabatan Pendidikan Negeri (Unit Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah)
  • Pejabat Pendidikan Daerah/Pejabat Pendidikan Wilayah (Pegawai Prasekolah) atau Boleh mengemukakan sebarang permasalahan anda melalui alamat e-mail: eprasekolah@moe.gov.my
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (Sektor Pengurusan Prasekolah)

Dengan ucapan tahniah kepada pelajar yang berjaya di dalam Semakan Keputusan PraSekolah 2019 Online. Untuk yang telah gagal terhadap permohonan anda, masih ada peluang lagi untuk anda membuat permohonan rayuan. Dengan penuh harapan, melalui perkongsian ini semoga mereka yang ada membuat rayuan dapat diterima untuk anak anda atau murid tersebut ke PraSekolah 2019.