Semakan keputusan murid tahun 1 2020

Sekalian untuk penjaga / ibu / bapa yang ada pernah membuat permohonan kemasukan anak-anak mereka untuk pengambilan Tahun 1 2020. Mereka yang telah memohon melalui aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian di Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM).

Anda boleh mula membuat semakan keputusan tersebut mengikut tarikh yang diberitahu melalui perkongsian ini secara dalam talian atau secara online (melalui sistem yang sama).

Semakan Keputusan Murid Tahun 1 Online

Permohonan melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian SPATKPM – Pemohon adalah untuk seluruh negeri-negeri di Semenanjung Malaysia termasuk juga negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ianya telah dimaklumkan bahawa mulai tahun 2018 sekarang, pemohon dikehendaki menyemak permohonan semula kerana sekolah di Wilayah Persekutuan Putrajaya hanya membenarkan penduduk di Putrajaya sahaja untuk membuat permohonan tersebut (arahan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

Semakan Keputusan Murid Tahun 1 2020 Online

Pertama sekali, permohonan untuk Murid Tahun 1 2020 dan 2021 akan dibuka mulai 1 Mac 2019 sehingga 30 April 2019. Pendaftaran ini terbuka kepada penjaga/ibu/bapa sahaja yang hanya dibenarkan untuk membuat permohonan bagi murid tersebut.

Mereka boleh melayari laman sesawang seperti https://public.moe.gov.my/ untuk mengakses masuk ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna yang telah berdaftar.

Manakala, bagi pengguna yang baru. Anda boleh melayari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk membuat pendaftaran baru.

Perlu diingatkan bahawa kemasukan untuk tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014. Selain daripada itu, kemasukan untuk tahun 2021 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 1 Januari 2015.

Ringkasan Untuk Membuat Pendaftaran Murid Tahun 1 2020

Berikut merupakan ringkasan maklumat berkaitan dengan pendaftaran Murid Tahun 1 2020 Online. Perlu diingatkan kepada penjaga /ibu / bapa yang telah berjaya membuat permohonan secara dalam talian tersebut.

Selepas mengisi butiran yang diperlukan ke dalam sistem SPATKPM dan juga mencetak bukti permohonan online berkenaan. Mereka juga perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.

Dikehendaki membawa bersama dokumen-dokumen berkaitan (dokumen yang lain adalah tertakluk kepada pentadbiran sekolah negeri yang telah dipohon) seperti:

  • Kad pengenalan penjaga/ibu/bapa (asal dan 1 salinan bagi penjaga atau kedua-dua ibu dan bapa)
  • Sijil lahir anak yang telah didaftarkan (asal dan 1 satu salinan)
  • Surat nikah atau cerai (asal dan 1 salinan)
  • salinan bil elektrik/bil air/cukai pintu (Bukti alamat tinggal) atau perjanjian jual beli bulan Januari atau Februari (yang terkini) – sah laku sehingga anak yang telah didaftarkan masuk tahun 1
  • Sampul surat bersaiz standard berserta setem (harga setem serta saiz sampul surat ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri yang telah dipohon)
  • Laporan doktor/kesihatan dan kad OKU (jika berkaitan)

Senarai ini adalah dokumen-dokumen umum yang perlu disediakan. Untuk keterangan lanjut berkaitan, sila buat rujukan kepada pengurusan sekolah yang telah dipohon atau dalam senarai semak permohonan online bagi mendapatkan dokumen-dokumen lain yang diperlukan.

Cara Untuk Membuat Semakan Keputusan Murid Tahun 1 2020

Berikut merupakan maklumat ringkas mengenai semakan keputusan Murid Tahun 1 2020 secara dalam talian / online bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia untuk sesi pengambilan 2020 / 2021 di dalam laman sesawang SPATKPM:

Tarikh semakan untuk Wilayah Persekutuan Putrajaya:

  • Keputusan Penempatan Murid Tahun 1 bagi sekolah-sekolah Putrajaya sesi kemasukan 2020 boleh disemak pada satu tarikh dalam September 2019. Penempatan hanya kepada penduduk Putrajaya sahaja.
  • Rayuan penempatan bagi sekolah-sekolah Putrajaya boleh dibuat di atas talian mulai tarikh dalam September 2019

Tarikh semakan untuk negeri-negeri lain : Akan dikemaskini

Perlu dimaklumkan juga bahawa tarikh secara rasmi untuk membuat semakan ini akan diberitahu kemudian.

Sekali lagi diberitahu bahawa semakan tersebut boleh dilakukan secara dalam talian/online di laman sesawang SPATKPM.  Penjaga/ibu/bapa dikehendaki untuk log in/log masuk ke dalam aplikasi SPATKPM yang sama dengan mengunakan maklumat yang telah didaftarkan – Daftar Masuk (No Kad Pengenalan dan Kata Laluan) pendaftaran anda sebelum ini. Berikut cara mudah untuk akses masuk di dalam sistem tersebut:

  1. Dikehendaki log in/log masuk untuk “DAFTAR MASUK” dengan menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang dipilihDaftar masuk SPATKPM min
  2. Buat pilihan pada pautan Tahun 1
  3. Akhir sekali, tekan Semak Permohonan untuk melihat keputusan permohonan anda

Untuk Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut dan masalah berkaitan SPATKPM boleh dikemukakan ke e-mail admin_spatkpm@moe.gov.my / daftartahun1@moe.gov.my atau  boleh buat rujukan juga ke Jabatan Pendidikan di negeri masing-masing.

Semoga dengan perkongsian ini memudahkan penjaga/ibu/bapa dalam membuat permohonan serta semakan. Segala maklumat ini berguna dan berkesan untuk anda. Selamat maju jaya.