Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2018

Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1 Online Dan SMS. Berikut adalah panduan penting bagi pelajar  UPSR 2017 yang ada membuat permohonan untuk kemasukan ke MRSM Tingkatan Satu (1) ambilan bagi tahun 2018. Buat pengetahuan semua, semakan keputusan MRSM Tingkatan 1 2018 secara online dan SMS masih belum diumumkan lagi. Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, jangkaan tarikh semakan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)adalah sekitar akhir bulan Januari atau awal Februari 2018.

Buat pengetahuan semua, semakan tawaran MRSM untuk tahun lepas telah dibuka untuk semakan pada 23 Januari 2017. Semakan permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) MRSM dijangka juga akan diumumkan pada tarikh yang sama. Pelajar yang memohon adalah disarankan untuk merujuk kepada pengumuman terkini dari Portal Rasmi MARA di Bahagian Terkini dan Pengumuman untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan.

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2018
Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1 SMS Dan Online 

Berikut dikongsikan panduan penting semakan keputusan tawaran MRSM Tingkatan 1 ambilan bagi tahun 2018 dikategorikan mengikut tarikh penting dan applikasi semakan. Dikongsikan juga info tentang Ujian Khas MRSM Arau/ MRSM Bentong serta Ujian Kecenderungan Kemasukkan ke MRSM Ulul Albab (UKKM) dan juga permohonan e-rayuan MRSM.

A. Semakan Ujian Khas MRSM Arau/ MRSM Bentong

Pemohon yang telah menerima SMS dan Panggilan bagi menduduki Ujian Khas MRSM Arau dan MRSM Bentong perlu merujuk kepada notis panggilan yang telah dihantar melalui alamat email pemohon yang didaftarkan semasa permohonan MRSM Tingkatatan 1 yang lalu.

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1

B. UKKM MRSM Ulul Albab

Berikut merupakan panduan  bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan menjalankan Ujian Kecenderungan Kemasukkan MRSM Ulul Albab :-

Pelajar yang menerima SMS / emel bagi Program Ulul Albab / IGCSE adalah diminta untuk hadir bagi menduduki UJIAN KHAS iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukkan MRSM Ulul Albab atau ringkasnya UKKM pada 4 Disember hingga 6 Disember 2017.

  1. Pemilihan pusat ujian boleh dibuat melalui pautan UKKM sebelum 1 Disember 2017
  2. Pelajar perlu membuat Cetakan Surat Tawaran TERKINI sebelum 1 Disember 2017

Panduan UKKM Ulul Albab

  1. Semakan dan pendaftaran
  2. Ujian Tulisan Jawi – 5 minit (Sila bawa alat tulis bersama)
  3. Hafazan Kuarantin – Hafaz semua ayat-ayat hafazan yang akan diberikan dalam masa 25 minit. Aspek yang dinilai adalah hafazan, tajwid dan kelancaran.
  4. Ujian Hafazan – Hafazan Wajib (Ayat 1-12 Surah Al Mulk)

Cara Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 Tahun 2018

Berikut merupakan tarikh penting semakan tawaran MRSM 2018 untuk kemasukan Tingkatan 1. Keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2018 boleh disemak mulai

  1. Tarik semakan keputusan * Akan dikemaskini (Tahun lepas pada 23 Januari 2017 (Isnin) jam 10.00 malam)
  2. Tarikh pendaftaran pelajar baru adalah pada * Akan dikemaskini

Applikasi Semakan MRSM Tingkatan 1 2018

Pelajar yang berjaya dalam permohonan akan menerima SMS. Semakan boleh dibuat melalui portal semakan seperti di pautan URL di bawah ini :-

1. Semakan Secara Online

Sila klik pautan semakan di bawah ini yang akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan :-

  1. Tingkatan 1 : https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp
  2. Tingkatan 4 : https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp

2. Semakan Melalui SMS Melalui perkhidmatan mySMS :

  • mara mrsm angka giliran dan hantar ke 15888

Semakan Berkaitan

  1. Keputusan MRSM Tingkatan 4 – Akan dikemaskini
  2. Semakan Keputusan SBP 2018 Tingkatan 1 dan 4 Online – Klik SBP Tingkatan 1 dan 4 2018

Permohonan e-Rayuan MRSM 2018 Tingkatan 1

Pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran kemasukan MRSM boleh membuat rayuan secara online. Namun, keputusan rayuan adalah berdasarkan kepada jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2018.

Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat).

  • Maklumat erayuan MRSM akan dikemaskini dari masa kesemasa

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi

  • Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509/ 4531/ 4532/ 4516 atau 03-2613 9070.

Semoga panduan ini memudahkan para pemohon membuat Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2018 Online Dan SMS. Tahniah kepada pemohon tingkatan yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2018  yang merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*