Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2019

Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1 Online Dan SMS. Berikut adalah panduan penting bagi pelajar  UPSR 2018 yang ada membuat permohonan untuk kemasukan ke MRSM Tingkatan Satu (1) ambilan bagi tahun 2019. Buat pengetahuan semua, semakan keputusan MRSM Tingkatan 1 2019 secara online dan SMS masih belum diumumkan lagi. Berdasarkan kepada tarikh tahun-tahun sebelumnya, jangkaan tarikh semakan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah pada 21 Disember 2018.

Buat pengetahuan semua, semakan tawaran MRSM untuk tahun lepas telah dibuka untuk semakan pada Januari 2018. Semakan permohonan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) MRSM dijangka juga akan diumumkan pada tarikh yang sama. Pelajar yang memohon adalah disarankan untuk merujuk kepada pengumuman terkini dari Portal Rasmi MARA di Bahagian Terkini dan Pengumuman untuk mendapatkan tarikh rasmi semakan.

Semakan MRSM
Semakan Keputusan Tawaran MRSM Tingkatan 1 SMS Dan Online 

Berikut dikongsikan panduan penting semakan keputusan tawaran MRSM Tingkatan 1 ambilan bagi tahun 2019 dikategorikan mengikut tarikh penting dan applikasi semakan. Dikongsikan juga info tentang Ujian Khas MRSM Arau/ MRSM Bentong serta Ujian Kecenderungan Kemasukkan ke MRSM Ulul Albab (UKKM) dan juga permohonan e-rayuan MRSM.

A. Semakan Ujian Khas MRSM Arau/ MRSM Bentong

Pemohon yang telah menerima SMS dan Panggilan bagi menduduki Ujian Khas MRSM Arau dan MRSM Bentong perlu merujuk kepada notis panggilan yang telah dihantar melalui alamat email pemohon yang didaftarkan semasa permohonan MRSM Tingkatan 1 yang lalu.

Semakan Ujian Khas MRSM Arau dan MRSM Bentong

B. UKKM MRSM Ulul Albab

Berikut merupakan panduan  bagi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan menjalankan Ujian Kecenderungan Kemasukkan MRSM Ulul Albab :-

Pelajar yang menerima SMS / emel bagi Program Ulul Albab / IGCSE adalah diminta untuk hadir bagi menduduki UJIAN KHAS iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukkan MRSM Ulul Albab atau ringkasnya UKKM pada 4 Disember hingga 6 Disember 2017.

  1. Pemilihan pusat ujian boleh dibuat melalui pautan UKKM sebelum 1 Disember 2017
  2. Pelajar perlu membuat Cetakan Surat Tawaran TERKINI sebelum 1 Disember 2017

Panduan UKKM Ulul Albab

  1. Semakan dan pendaftaran
  2. Ujian Tulisan Jawi – 5 minit (Sila bawa alat tulis bersama)
  3. Hafazan Kuarantin – Hafaz semua ayat-ayat hafazan yang akan diberikan dalam masa 25 minit. Aspek yang dinilai adalah hafazan, tajwid dan kelancaran.
  4. Ujian Hafazan – Hafazan Wajib (Ayat 1-12 Surah Al Mulk)

Cara Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 Tahun 2019

Berikut merupakan tarikh penting semakan tawaran MRSM 2019 untuk kemasukan Tingkatan 1. Keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2019 boleh disemak mulai

  1. 21 Disember 2018 (Tingkatan 1)
  2. 28 Disember 2018 (Tingkatan 4)
  3. Permohonan rayuan bermula dari tarikh keputusan diumumkan
  4. Pemohon kemasukan MRSM yang berjaya akan menerima makluman melalui Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas iaitu SMS.
  5. Surat tawaran MRSM rasmi boleh dicetak applikasi semakan tawaran keputusan yang disertakan
  6. Pemohon yag tidak berjaya dan ingin membuat permohonan rayuan boleh berbuat demikian di sistem applikasi semakan yang sama
  7. Pemohon yang berjaya dikehendaki untuk MENGESAHKAN penerimaan atau penolakkan dalam tempoh Tujuh (7) hari. Calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap telah menolah tawaran kemasukan
  8. Pendaftaran kemasukan pelajar adalah pada 14 Januari 2019

Applikasi Semakan MRSM Tingkatan 1 2019

Pelajar yang berjaya dalam permohonan akan menerima SMS. Semakan boleh dibuat melalui portal semakan seperti di pautan URL di bawah ini :-

1. Semakan Secara Online

Sila klik pautan semakan di bawah ini yang akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan :-

  1. Tingkatan 1 : https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp
  2. Tingkatan 4 : https://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF4.jsp

2. Semakan Melalui SMS Melalui perkhidmatan mySMS :

  • mara mrsm angka giliran dan hantar ke 15888

Permohonan e-Rayuan MRSM 2019 Tingkatan 1

Pelajar yang gagal dalam mendapat tawaran kemasukan MRSM boleh membuat rayuan secara online. Namun, keputusan rayuan adalah berdasarkan kepada jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2019.

Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat).

  • Maklumat erayuan MRSM akan dikemaskini dari masa kesemasa

Semakan Keputusan Rayuan KEDUA Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2019

Keputusan rayuan boleh disemak bermula Januari/ Februari 2019.

Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan semakan keputusan yang sama. Sila sahkan penerimaan/penolakan selewat-lewatnya pada —–. Calon-calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap menolak tawaran ini.

Pendaftaran kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 akan dibuat pada 14 Januari 2019.

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi

  • Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509/ 4531/ 4532/ 4516 atau 03-2613 9070.

Semoga panduan ini memudahkan para pemohon membuat Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 2019 Online Dan SMS. Tahniah kepada pemohon tingkatan yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2019  yang merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia.