Semakan Keputusan Matrikulasi 2018-2019 Online

Keputusan Permohonan Program Matrikulasi KPM Sesi 2018-2019 Online. Panduan buat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah membuat permohonan online ke Program Matrikulasi KPM.  Semakan keputusan Matrikulasi tahun 2018 dijangka akan diumumkan sekitar bulan April 2018 berdasarkan rekod tarikh tahun-tahun sebelumnya. Pada kebiasaannya tawaran boleh disemak secara online dalam tempoh sebulan selepas keputusan SPM diumumkan pada 15 Mac 2018.

Sebagai rujukan, permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2018-2019 telah dibuka bermula dari 1 Julai 2017 sehingga 24 Disember 2017. Permohonan telah dibuka semula dari 19 Februari sehingga 18 Mac 2018 hanya untuk pelajar yang telah menduduki peperiksaan SPM tahun 2017.

semakan keputusan matrikulasi 2018

Semakan Tawaran Matrikulasi Sesi 2018-2019 Online

Pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian Program Matrikulasi, permohonan Matrikulasi untuk kemasukan boleh dilakukan secara atas talian atau online melalui Aplikasi PMI. Lulusan Matrikulasi yang lulus cemerlang boleh membuat permohonan masuk ke UA/ IPTA melalui permohonan UPU online.

Keputusan Matrikulasi KPM 2018 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan panduan dalam membuat Semakan Tawaran Matrikulasi 2018-2019 Online meliputi tarikh penting semakan, cara semakan dan pautan applikasi semakan. Pemohon adalah dinasihatkan untuk melayari Portal Rasmi KPM dalam mendapatkan tarikh rasmi keputusan diumumkan.

Kaedah Semakan Keputusan Matrikulasi 2018

Semakan Keputusan Matrikulasi sesi 2018-2019 secara Online dan SMS. Juga dikongsikan maklumat permohonan rayuan untuk pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan.

i) Tarikh Rasmi Keputusan

  • 2018 : 24 April 2018 hingga 8 Mei 2018
  • 2017 : 27 April hingga 11 Mei 2017
  • 2016 : 14 hingga 26 April 2016

ii) Applikasi Semakan Online

  • Pemohon perlu melayari laman sesawang aplikasi semakan kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di Kolej Matrikulasi.
  • Aplikasi semakan : https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm
  • Tarikh pendaftaran adalah tertera pada surat tawaran.

iii) Semakan Melalui SMS

  • Tawaran Program Matrikulasi juga boleh disemak melalui Pekhidmatan SMS dengan menaip :
    • MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888

Nota : Kelewatan penerimaan SMS mungkin berlaku akibat trafik semakan yang tinggi. Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan (Tidak termasuk GST)

Permohonan Rayuan Matrikulasi 

Untuk pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran, permohonan rayuan boleh dibuat pada tarikh yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa kaedah untuk membuat permohonan rayuan Matrikulasi seperti berikut :-

  1. Rayuan secara atas talian (online)
  2. Menghantar surat rasmi rayuan
  3. Mengunjungi (berhubung terus) dengan Bahagian Matrikulasi

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, pemohon boleh merujuk kepada talian telefon pejabat atau talian bantuan:

  • 03 8884 4083/4040/4036 (waktu pejabat bermula dari 8.30 pagi – 4.30 petang).

Selamat membuat Semakan Keputusan Tawaran Matrikulasi 2018-2019 Online. Tahniah kepada pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi KPM.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*