Semakan KADS1M Kad Debit Pelajar 2018 Online

  1. Home
  2. ┬╗
  3. Semakan
  4. ┬╗
  5. Semakan KADS1M Kad Debit Pelajar 2018 Online

Semakan Status Permohonan/ Pembayaran Kad Debit Pelajar KADS1M 2018. Bagaimana cara semakan KADS1M 2018 online? Berita baik buat pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menyalurkan bantuan sebanyak RM300 juta untuk pembayaran kepada 1.2 juta penuntut yang layak dalam menerima bantuan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M). Peruntukan yang bakal diberikan ini adalah selaras dengan Bajet 2018 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober 2017.

Objektif pemberian bantuan KADS1M adalah untuk membantu dalam mengurangkan kos sara hidup yang dihadapi oleh penuntut institusi pengajian tinggi di Malaysia. Jadi ramai yang bertanya, bilakah tarikh pelajar akan menerima bayaran bantuan Kad Diskaun 1Malaysia (KADS1M) untuk tahun 2018?

semakan kads1m

Cara Semakan KADS1M Online Tahun 2018

Berikut dikongsikan maklumat semakan KADS1M 2018 buat panduan pelajar. Dipetik dari Sinar Harian, Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan yang pembayaran Bantuan KADS1M akan disalurkan melalui Bank Rakyat bermula dari 15 Mac 2018 (Hari Khamis).

Pembayaran dilakukan berdasarkan kepada padanan data penuntut yang mempunyai akaun Bank Rakyat, dengan data maklumat penuntut layak menerima bantuan itu daripada KPT.

Maklumat Lanjut Semakan KADS1M

Pembayaran bantuan akan dikreditkan kepada KADS1M untuk penuntut yang layak seperti berikut :-

  1. Penerima BPPT sedia ada : Mereka yang layak, bayaran BPPT boleh disemak pada hari Khamis, 15 Mac 2018 bermula jam 400 petang di ATM dan i-Rakyat

Untuk permohonan baharu iaitu Penerima BPPT Baharu, penuntut boleh membuat semakan kelayakan permohonan bermula dari 1 April 2018. Sekiranya layak, pelajar boleh terus membuat permohonan BPPT. Tarikh adalah tertakluk kepada sebarang perubahan

Nota Penting

  1. Penuntut yang telah menerima KADS1M pada tahun 2017 adalah tidak perlu untuk membuat permohonan baharu KADS1M kerana bantuan KADS1M akan dikreditkan secara automatik ke akaun sedia ada penuntut.
  2. Bermula tahun 2018, penuntut dibolehkan untuk mengambil Kad Siswa 1Malaysia mereka di mana-mana cawangan Bank Rakyat. Tidak seperti tahun 2017, dimana penuntut hanya boleh mengambil kad di cawangan Bank Rakyat terpilih sahaja.
  3. Kad debit pelajar yang berjumlah RM250 boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah di kedai buku terpilih. Selain itu ianya bantuan boleh di gunakan untuk pembelian perisian komputer dan peralatan pembelajaran

Sebarang pertanyaan berkaitan BPPT yang menggunakan KADS1M Debit, penuntut boleh menghubungi :-

  • Bahagian Kewangan Seksyen Geran dan Badan Berkanun, Kementerian Pendidikan Tinggi

Selamat membuat Semakan KADS1M 2018. Semoga Status pembayaran RM25o telah dikreditkan di akaun anda. Gunakan bantuan yang diberikan untuk membantu anda dari segii bantuan pembelajaran sepanjang berada di IPTA atau IPTS.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *