SAPS Semakan Ibu Bapa Online 2017

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Semakan Ibu Bapa. Bagi para ibu bapa dan penjaga yang ingin mengetahui tentang Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa NKRA, sistem ini adalah inspirasi bekas Menteri Pendidikan Malaysia. Ia merupakan sebuah sistem yang memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar secara online yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kini, ibu apa boleh memantau pencapaian dan prestasi akademik anak mereka dengan lebih mudah dengan melakukan semakan keputusan peperiksaan melalui laman web SAPS ibu bapa. Di bawah ini adalah maklumat berkaitan SAPS Ibu Bapa yang dapat dikongsikan kepada anda semua.

SAPS Semakan Ibu Bapa

SAPS Semakan Ibu Bapa Online Keputusan Peperiksaan Pelajar

Berikut merupakan serba sedikit maklumat mengenai sistem semakan SAPS Ibu Bapa:

Apa Itu SAPS Semakan Ibu Bapa Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) diwujudkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Antara lain :

  1. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara online yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
  2. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunakan oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak Di Semakan SAPS Ibu Bapa 

Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS Ibu Bapa:-

  • Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  • Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan

Berikut merupakan  langkah-langkah pantas dan mudah dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa :

  1. Anda boleh layari laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.SAPS Semakan Ibu Bapa
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
  3. Pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  4. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah :Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah
  5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Trial Exams dan sebagainya.
  6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017

Berikut dikongsikan Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS tahun 2017 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Ia memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

1. Peperiksaan Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : 18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir).

 Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 telah dibuka mulai 18 Mei 2017 (Khamis) dan akan dilanjutkan pengisian markah sehingga 30 Jun 2017 (Jumaat)

2. Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

3. Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)

Login SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Untuk makluman, tarikh-tarikh tersebut adalah sama untuk pelajar tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 bagi kegunaan sekolah masing-masing.

Diaharapka dengan adanya sistem SAPS Semakan Ibu Bapa Online ini, ibu bapa dapat memantau prestasi dan menyemak pencapaian akademik anak-anak mereka di hujung jari sahaja. Semoga mereka menjadi murid-murid yang cemerlang di masa hadapan. Tahniah buat mereka yang berjaya.

login saps nkra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*