SAPS Semakan Ibu Bapa Online 2018

  1. Home
  2. »
  3. Online, Semakan
  4. »
  5. SAPS Semakan Ibu Bapa Online 2018

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS Semakan Ibu Bapa. Bagi para ibu bapa dan penjaga yang ingin mengetahui tentang Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa NKRA, sistem ini adalah inspirasi bekas Menteri Pendidikan Malaysia. Ia merupakan sebuah sistem yang memaparkan slip keputusan dan markah peperiksaan pelajar secara online yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kini, ibu apa boleh memantau pencapaian dan prestasi akademik anak mereka dengan lebih mudah dengan melakukan semakan keputusan peperiksaan melalui laman web SAPS ibu bapa. Di bawah ini adalah maklumat berkaitan SAPS Ibu Bapa yang dapat dikongsikan kepada anda semua.

SAPS Semakan Ibu Bapa Online 1

SAPS Semakan Ibu Bapa Online Keputusan Peperiksaan Pelajar

Berikut merupakan serba sedikit maklumat mengenai sistem semakan SAPS Ibu Bapa:

Apa Itu SAPS Semakan Ibu Bapa Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) diwujudkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Antara lain :

  1. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara online yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
  2. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunakan oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak Di Semakan SAPS Ibu Bapa 

Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS Ibu Bapa:-

  • Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  • Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan

Berikut merupakan  langkah-langkah pantas dan mudah dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa :

  1. Anda boleh layari laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).SAPS new3. Pilih negeri di mana terletak nya sekolah dan pilih nama sekolah terkini.nkra1.14. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah :5. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan dan sebagainya.nkra2

    6. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

    nkra3

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS Tahun 2018

Berikut adalah Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Ia memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah

Semakan Keputusan Peperiksaan Terkini 2018 hanya boleh dibuat selepas markah selesai diisi :-
takwim kemasukan markah saps 2018

*Tarikh yang sama boleh digunakan sebagai rujukan bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Diaharapkan dengan adanya sistem SAPS Semakan Ibu Bapa Online ini, ibu bapa dapat memantau prestasi dan menyemak pencapaian akademik anak-anak mereka di hujung jari sahaja. Semoga mereka menjadi murid-murid yang cemerlang di masa hadapan. Tahniah buat mereka yang berjaya.

button 300x68

One Comment

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *