SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Semakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA. Berkat inspirasi Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Pelajaran Malaysia, ramai ibu bapa dan penjaga kini sudah mengenali apa itu SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Dengan kehadiran Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ini dapat memudahkan ibubapa dalam memantau prestasi dan perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah. Selain markah, semakan kedudukan anak mereka dalam kelas juga boleh dilakukan melalui sistem ini.

Laman sesawang utama SAPS NKRA merupakan laman penting yang memaparkan pengumuman penting bagi pelajar, guru, ibu bapa dan juga setiausaha peperiksaan (SUP).

SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Semakan SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Berikut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan SAPS Semakan Ibu Bapa yang dapat dikongsikan pada anda semua.

Apa Itu SAPS Semakan Ibu Bapa Online?

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.

Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Tujuan pembangunan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) adalah bagi mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Antara tujuan-tujuan lain penggunan sistem ini adalah :-

  1. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.
  2. Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.
  3. Data yang disimpan melalui SAPS boleh diguna pakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Keputusan Peperiksaan Yang Boleh Disemak Di SAPS NKRA

Berikut adalah senarai keputusan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS NKRA :-

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

Result peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Walau bagaimanapun, keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS. Pelajar perlu hadir ke sekolah untuk mendapatkan keputusan penuh peperiksaan mereka.

SAPS NKRA Ibu Bapa Sistem Analisis Peperiksaan boleh diakses melalui laman web ini :

Semoga perkhidmatan SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini dapat membantu ibu bapa untuk memantau dan membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar dari masa kesemasa.

login saps nkra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*