SAPS Ibu Bapa Semakan Kedudukan Kelas 2017

SAPS Ibu Bapa Semakan Kedudukan Kelas 2017 . Buat ibu bapa dan penjaga pelajar yang masih tidak tahu bagaimana menyemak Kedudukan dalam Kelas (KDK) anak mereka, dikongsikan cara-cara menyemak kedudukan anak-anak di kelas. Untuk makluman semua, SAPS Ibu Bapa Kedudukan Kelas 2017 boleh disemak secara online melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

Selain daripada semakan kedudukan di dalam kelas, kedudukan keseluruhan dalam tingkatan/ aliran juga ada diberikan ketika membuat semakan SAPS. Dengan ini dapat memberikan gambaran jelas kedudukan kelas para pelajar untuk pembelajaran tahun hadapan.

SAPS Ibu Bapa Semakan Kedudukan Kelas 2017

SAPS Ibu Bapa Semakan Kedudukan Kelas 2017

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah juga dikenali sebagai SAPS merupakan sebuah sistem penyimpanan tertumput data pelajar. Ianya merupakan inspirasi bekas Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Berikut adalah cara-cara untuk membuat SAPS Ibu Bapa Semakan Kedudukan Kelas 2017 yang dapat dijadiakan panduan untuk para ibu bapa, penjaga dan pelajar.

Sistem semakan SAPS Ibu Bapa boleh diakses dan digunakan untuk mengetahui dan menlai keputusan peperiksaan murid-murid sekolah rendah daripada Murid Tahun 1 hingga Murid Tahun 6. Selain itu, Semakan SAPS juga memaparkan keputusan peperiksaan murid-murid sekolah menengah dari murid tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5.

Antara keputusan peperiksaan pelajar yang boleh disemak dalam Sistem SAPS adalah seperti berikut :-

  • Ujian 1 dan Ujian 2
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

PERHATIAN Keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM walaubagaimanpun tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS. Anda boleh membuat semakan seperti arahan daripada KPM semasa keputusan peperiksaan tersebut diumumkan secara rasmi.

Semakan SAPS Ibu Bapa Kedudukan Kelas Online

  • Keputusan kedudukan dalam kelas boleh disemak di SAPSNKRA

Semoga kewujudan sistem Semakan SAPS ibubapa yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan ini bermanfaat buat semua. Moga ianya dapat ditambahbaik dari masa kesemasa untuk kelancaran sistem yang terbaik.

Moga Semakan SAPS dapat membantu ibu bapa dalam memantau dan membantu meningkatkan prestasi akademik para pelajar secara tidak langsung. Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

login saps nkra

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*