SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

Semakan SAPS Ibu Bapa Online. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah pasti sudah tidak asing lagi di kalangan ibu bapa dan penjaga.  SAPS Ibu Bapa adalah sebuah sistem yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memudahkan ibu bapa memantau dan melakukan semakan keputusan peperiksaan secara online.

Sistem Semakan SAPS Ibu Bapa 2017 ini  sangat berguna buat ibu bapa kerana memaparkan slip keputusan, markah peperiksaan serta kedudukan dalam kelas pelajar. Dengan adanyanya sistem SAPS Ibu Bapa NKRA ini sekaligus dapat memudahkan ibu bapa untuk memantau prestasi dan perkembangan akademik anak masing-masing. Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan terkini, semakan SAPS hendaklah dibuat oleh ibu bapa selepas kemasukan markah dibuat seperti tarikh/ jadual yang dikongsikan di bawah ini.

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

Berikut merupakan informasi berkaitan SAPS Semakan Ibu Bapa yang perlu diketahui oleh para ibu bapa dan penjaga.

Apakah Itu SAPS Semakan Ibu Bapa ?

(SAPS) merupakan singkatan kepada  Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang diwujudkan bertujuan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak termasuklah KPM, JPN, PPD dan Sekolah.

Analisis yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan. Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN dan KPM untuk membuat sebarang analisis.

Semakan Keputusan Peperiksaan 

Berikut merupakan jenis-jenis keputusan yang boleh disemak oleh ibu bapa dan murid-murid :-

  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah (Darjah 1 – 6)
  • Keputusan Peperiksaan Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)
  • Ujian 1
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Ujian 2
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Peperiksaan Percubaan (Peperiksaan Percubaan UPSR, PT3 dan SPM)

Cara Buat Semakan SAPS Ibu Bapa : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Berikut merupakan cara dan langkah dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online.

  1. Sila masuk ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama Semakan Ibu Bapa, atau
  2. Key In Markah Pelajar untuk Guru

Masalah Dalam Mengakses Sistem SAPS Ibu Bapa

Sekiranya anda menghadapi masalah dalam mengakses SAPS Ibu Bapa, sila clear browsing cache anda. Atau, jika message yang diterima adalah “Your connection is not private”, sila ikuti langkah berikut untuk membuat semakan :

1. Klik Advanced

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

2. Dan seterusnya Klik Proceed

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan3. Anda akan mendapat paparan seperti berikut :

4. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

5. Pilih negeri di mana terletak nya sekolah dan pilih nama sekolah terkini.

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

6. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah :

7. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan dan sebagainya.

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

8. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

Slip Keputusan Peperiksaan dan Analisa Markah Peperiksaan SAPS

Slip keputusan memaparkan subjek yang di ambil, gred dan markah bagi setiap subjek berserta markah keseluruhan. Markah keseluruhan ini dijadikan penanda aras bagi mengira peratus pencapaian, menentukan sama ada murid tersebut lulus atau gagal. Berdasarkan slip ini, para ibu bapa dapat membuat perbandingan dbagi kedudukan kelas dan kedudukan dalam darjah.

Analisa markah memaparkan keputusan 4 peperiksaan utama bagi tahun tersebut.  Berdasarkan analisa ini, ibu bapa dapat membandingkan markah keempat-empat ujian bagi menilai prestasi  anak-anak.

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

Keputusan Ujian/ Peperiksaan terkini hanya  dipaparkan selepas pihak guru selesai memasukkan data maklumat ke dalam sistem SAPS Ibu Bapa. Kemasukan maklumat pemarkahan untuk setiap ujian/peperiksaan akan diadakan Takwim Kemasukan Markah SAPS Ibu Bapa.

Maklumat Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017

Berikut adalah beberapa Tarikh Penting Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS tahun 2017 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2017 ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah. Untuk makluman ibu bapa, markah peperiksaan terkini hanya dapat disemak selepas  tarikh kemasukan markah markah peperiksaan SAPS

1. Peperiksaan Pertengahan Tahun

  • Tahun 6/ Tingkatan 5 : 18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir).
  • Terkini : Pengisian markah bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017 telah dibuka mulai 18 Mei 2017 (Khamis) dan akan dilanjutkan pengisian markah sehingga 30 Jun 2017 (Jumaat)

2. Peperiksaan Percubaan

  • Tahun 6 : 20 Julai 2017 (Tarikh Mula) dan 18 Ogos 2017 (Tarikh akhir)
  • Tingkatan 5 : 14 September 2017 (Tarikh Mula) dan 6 Oktober 2017 (Tarikh akhir)

3. Peperiksaan Akhir Tahun

  • Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 (Tarikh Mula) dan 24 November 2017 (Tarikh akhir)

 

SAPS Ibu Bapa 2017 Semakan Keputusan Peperiksaan

Untuk makluman, tarikh yang sama boleh digunapakai bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Diharapkan dengan adanya SAPS Ibu Bapa 2017 ini dapat membantu ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak mereka secara online dengan lebih mudah dan pantas. Semoga kewujudan SAPS Ibu Bapa juga mampu memudahkan ibu bapa untuk mengikuti perkembangan pelajaran anak mereka agar mereka berjaya pada masa hadapan kelak.

login saps nkra

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*