Permohonan sekolah seni Malaysia 2019 secara online

Satu pertanyaan diberikan. Adakah anda seorang pelajar UPSR yang berminat memasuki Sekolah Seni Malaysia pada tahun 2019? Ini merupakan berita baik yang telah dimaklumkan dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2019 melalui laman aplikasi e-SSeM. Permohonan ini boleh dibuat mulai 16 April 2018   sehingga 15 September 2018

Tumpuan yang menjurus ke arah ibu bapa yang berminat serta ingin tahu bagi peluang kepada anak mereka yang berbakat. Ini adalah peluang untuk menganjur anak anda supaya mengambil peluang ini supaya bakat yang terpendam dapat dipupuk daripada peringkat awal. Sekolah Seni Malaysia adalah pilihan terbaik untuk mengilap bakat anak anda.

Permohonan Sekolah Seni

Permohonan Sekolah Seni Malaysia Online

Seperti yang sedia maklum, Sekolah Seni Malaysia adalah merupakan sebuah Institusi Pendidikan Formal satu sesi. Sekolah ini ada menyediakan kemudahan bagi menggarap dan menggilap potensi dan bakat diri generasi muda yang tergolong daripada para pelajar muda untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara kreatif dan aktif.

Perkongsian ini memberikan panduan dan maklumat penting untuk Permohonan Sekolah Seni Malaysia bagi Pengambilan untuk Tahun 2019. Di mana ianya boleh di mohon secara online.

  • Applikasi untuk Permohonan : Dengan menekan laman sesawang Permohonan e-SSeM
  • Untuk membuat semakan Keputusan tawaran ke SSeM akan dikemaskini di Sekolah Seni Malaysia tersebut. Dijangkakan boleh diakses pada hujung tahun 2018

Tarikh Permohonan Dibuka

  • Permohonan boleh dilakukan 16 April 2018 jam 1200 tengahari

Tarikh Tutup Permohonan

  • Tarikhnya telah ditetapkan pada 15 September 2018

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia 2019: 

  1. Mempunyai taraf warganegara Malaysia
  2. Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
  3. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  4. Peringatan bahawa hanya permohonan secara “Online” sahaja yang akan diproses

Syarat Kemasukan

Syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Telah lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
  2. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  3. Telah lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  5. Mengemukakan rekod kesihatan individu
  6. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
  7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

Untuk sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2019 Online. Anda boleh hubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian berkenaan, di Unit Pengurusan Sekolah Seni pada talian 03-88721620 atau boleh melayari di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my

Ucapan khas kepada pelajar serta para ibu/bapa semoga selamat melakukan Permohonan Sekolah Seni Malaysia 2019 secara Online! Dengan penuh Harapan juga. Semoga pelajar atau anak anda berjaya mendapat tawaran ke Sekolah Seni Malaysia!