Permohonan SBP Tingkatan 4 2018

Permohonan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 2018. Perhatian buat para pelajar Tingkatan 3 yang sedang menunggu keputusan PT3 2017. Berikut dikongsikan panduan kepada anda untuk membuat Permohonan SBP Tingkatan 4 2018 secara online (Sekolah Berasrama Penuh) bermula 13 November 2017. Permohonan boleh dilakukan sebelum keputusan PT3 diumumkan.

Bagi pelajar tingkatan 3 yang berminat untuk memohon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Permohonan hendaklah dilakukan segera kerana tarikh tutup permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 akan ditutup lebih awal iaitu pada tarikh 31 Oktober 2017. Buat pengetahuan umum, sekolah-sekolah SBP dan MRSM adalah antara sekolah terbaik di Malaysia terdiri dari sekolah kluster dan sekolah premier. Tidak hairanlah sekolah-sekolah ini menjadi pilihan buat ramai pelajar dan ibu bapa untuk memasuki Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.

Permohonan SBP Tingkatan 4

Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 4 2018

Berikut merupakan informasi penting berkenaan Permohonan SBP Tingkatan 4 bagi tahun 2018. Info-info penting seperti tarikh penting, applikasi permohonan dan syarat permohonan adalah seperti berikut :-

Nota : Bermula tahun 2018, Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan diperkenalkan sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.

Tarikh Penting Permohonan SBP Tingkatan 4 Secara Atas Talian

  • 13 November 2017 : Tarikh Buka
  • 24 Disember 2017 : Tarikh Tutup

Sebarang keterangan lanjut berkaitan permohonan SBP terkini boleh didapati dengan melayari laman web KPM di Portal Rasmi KPM.

Aplikasi Permohonan SBP Tingkatan 4 2018 Online

Maklumat Penting

Maklumat Lanjut Permohonan SBP Tingkatan 4 2018

Maklumat kemasukan SBP 2018 terdiri daripada Panduan Am, Khusus dan Pencapaian Khas/ Istimewa Murid dan soalan lazim. Maklumat-maklumat ini akan dikemaskini selepas permohonan Tingkatan 4 dibuka secara rasmi pada 13 November 2017.

  1. Permohonan ke SBP tidak bersyarat kecuali dibuka untuk murid Tingkatan Tiga (3) 2017 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  2. Pelajar boleh memohon sebelum keputusan PT3 2017 diumumkan
  3. Untuk mengkakses sistem, pelajar hanya perlu memasukkan No Angka Giliran dan No Kad Pengenalan diruangan yang disediakan
  4. Tiada had dalam proses kemaskini permohonan. Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah
  5. Permohonan kemasukan ke SBP TIDAK MEMERLUKAN pengesahan mana-mana pihak atau dihantar ke mana-mana SBP.
  6. Calon tidak perlu menghantar sesalinan permohonan beserta dokumen ke mana-mana SBP

Syarat Pemilihan Tingkatan 4 SBP 2018

Berikut adalah syarat pemilihan pelajar untuk kemasukan Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh :-

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  3. Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya
    Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
  4. Lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
  5. Aktif kokurikulum.

Aliran Mata Pelajaran Yang Ditawarkan Di SBP

Aliran matapelajaran yang ditawarkan di SBP adalah seperti berikut :-

  1. Tingkatan 1 – Pakej Aliran Matapelajaran yang ditawarkan adalah aliran Sains, Agama dan Ulul Albab
  2. Tingkatan 4 – Menawarkan 5 pakej aliran matapelajaran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Sains Teknikal, Agama Ikhtisas dan Sains Sosial

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 2018 Online

Keputusan permohonan dan penempatan ke Tingkatan Empat (4) SBP akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan PT3 2017 diumumkan.

Semoga anda berjaya membuat Permohonan SBP Tingkatan 4 2018.Pastikan anda mengambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting permohoman SBP Tingkatan 4 2018. Diharap panduan ini dapat membantu anda dan selamat maju jaya bagi pemohon yang berjaya.