Permohonan SBP Tingkatan 1 2018

  1. Home
  2. »
  3. Permohonan
  4. »
  5. Permohonan SBP Tingkatan 1 2018

Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2018 Tingkatan 1. Perhatian buat pelajar darjah 6 yang sedang menunggu keputusan UPSR tahun 2017.  Berdasarkan info yang diperoleg dari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Permohonan SBP Tingkatan 1 ambilan 2018 telah di buka bermula 16 Oktober 2017. Berikut dikongsikan panduan kepada anda untuk membuat Permohonan SBP Tingkatan 1 2018 secara online (Sekolah Berasrama Penuh). Permohonan ini boleh dilakukan sebelum keputusan UPSR diumumkan.

Alternatif lain buat pelajar lepasan UPSR juga ialah Maktab Rendah Sains MARA. Para pelajar yang berminat boleh membuat permohonan kemasukan ke MRSM. Permohonan ini akan ditutup lebih awal iaitu pada 31 Oktober 2017. Pastinya peluang-peluang ini di ambil kerana SBP dan MRSM merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia. Dengan sistem pembelajaran yang tidak hanya fokus kepada akedemik malahan kokurikulum. Pastinya ia menjadi pilihan buat ramai pelajar untuk memasuki Tingkatan 1 atau Tingkatan 4 kerana sistem nya yang terancang dan terkawal.

  • Nota : Bermula ambilan 2018, Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) akan diperkenalkan sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.

Permohonan SBP Tingkatan 1 2018 Online

Permohonan SBP Tingkatan 1 Tahun 2018

Berikut merupakan informasi penting mengenai Permohonan SBP Tingkatan 1 2018. Maklumat-maklumat ini dikategorikan mengikut tarikh penting, aplikasi permohonan dan syarat permohonan.

Tarikh Penting Permohonan SBP Tingkatan 1

  • 16 Oktober 2017 : Tarikh Buka
  • 19 November 2017 : Tarikh Tutup

Sebarang keterangan lanjut mengenai permohonan ini boleh di layari di laman web Portal Rasmi KPM.

Aplikasi Permohonan SBP Tingkatan 1 2018 Online

  • Klik https://sst1.moe.gov.my/ untuk membuat permohonan
  • UKSBP – Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh merupakan langkah terkini bagi menyaring murid terpilih sebagai salah satu syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Maklumat Penting

Maklumat Lanjut

Maklumat kemasukan tingkatan 1 SBP 2018 mengandungi Panduan Am, Khusus dan Pencapaian Khas/ Istimewa Murid dan soalan lazim.

  1. Permohonan ke SBP tidak bersyarat kecuali dibuka untuk murid Tahun Enam (6) 2017 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK).
  2. Pelajar boleh memohon sebelum keputusan UPSR 2017 diumumkan
  3. Untuk mengkakses sistem, pelajar perlu memasukkan No Angka Giliran dan No Kad Pengenalan diruangan yang disediakan
  4. Tiada had dalam proses kemaskini permohonan. Pemohon masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah
  5. Permohonan kemasukan ke SBP TIDAK MEMERLUKAN pengesahan mana-mana pihak atau dihantar ke mana-mana SBP.
  6. Calon tidak perlu menghantar sesalinan permohonan beserta dokumen ke mana-mana SBP

Syarat Pemilihan Tingkatan Satu (1) SBP 2018

Berikut dikongsikan syarat-syarat pemilihan pelajar darjah 6 untuk kemasukan Tingkatan 1 sesi 2018.

  1. Murid hendaklah warganegara Malaysia.
  2. Murid merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  3. Memperoleh keputusan akademik cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017
  4. Hendaklah aktif dalam kokurikulum
  5. Syarat kelayakan akademik dan kriteria pemilihan boleh dirujuk di SYARAT KEMASUKAN

Pakej Aliran Mata Pelajaran Di SBP

Aliran matapelajaran yang ditawarkan di SBP adalah seperti berikut :-

  1. Tingkatan 1 – Pakej Aliran Matapelajaran yang ditawarkan adalah aliran Sains, Agama dan Ulul Albab
  2. Tingkatan 4 – Menawarkan 5 pakej aliran matapelajaran iaitu Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Sains Teknikal, Agama Ikhtisas dan Sains Sosial

Semakan Keputusan SBP Tingkatan 1 2018 

Keputusan permohonan dan penempatan ke Sekolah Berasarama Penuh (SBP) Tingkatan Satu akan diumumkan selewat-lewatnya selepas 27 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.

Semoga para pelajar yang berminat berjaya membuat Permohonan SBP Tingkatan 1 tahun 2018. Diharap agar para pelajar dan ibu bapa mengambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting permohoman SBP Tingkatan 1 2018. Semoga panduan ini dapat membantu anda mencapai impian untuk memasuki antara sekolah-sekolah terbaik di Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *