Permohonan MRSM Tingkatan 4 2018

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2018. Ibu bapa pasti tertanya tanya bilakah tarikh Permohonan MRSM Tingkatan 4 ambilan 2018 secara Online akan dibuka dan bilakah ianya akan ditutup? Sebagai rujukan buat pelajar PT3 tahun 2017. Berdasarkan makluman Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM 2018, Maktab Rendah Sains MARA akan mula di buka dari 19 September iaitu tarikh sama untuk permohonan Tingkatan 1.

Seperti sedia maklum, Tarikh peperiksaan PT3 2017 akan diadakan dari 9 hingga 12 Oktober 2017. Tarikh tutup untuk membuat permohonan pula ialah sebelum 31 Oktober 2017. Oleh yang demikian, pelajar mempunyai masa yang cukup untuk membuat permohonan sebelum tarikh tersebut. Kita sedia maklum bahawa MRSM mampu menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2018
Cara Membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2018 Online

Sehubungan dengan itu, MARA membuka peluang kepada pelajar TlNGKATAN TIGA 2017 yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik untuk kemasukan ke MRSM tingkatan 4 tahun 2018. Antara syarat kemasukan, keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.  Dibawah ini adalah maklumat permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2018 secara online.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM Tingkatan 4

Antara syarat kelayakan memohon adalah pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan umum dan akademik seperti di bawah:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pelajar tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
  3. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.Memiliki sikap diri yang positif
  4. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal.
  5. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  6. Memperoleh keputusan minimum 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A SB (Sabah & Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (P13) tahun 2017 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian).
  7. Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
  8. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
    Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Program Yang Ditawarkan (Aliran) Di MRSM Tingkatan 4

Untuk pengetahuan semua, terdapat tiga program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) ada dilaksanakan di MRSM iaitu:

i. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)

Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM.

ii. MRSM Program SPMRSM Teknikal

SPMRSM Teknikal menekankan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan iaitu ilmu Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

iii. MRSM Program SPMRSM Sains Keusahawanan

SPMRSM Sains Keusahawanan menekankan elemen keusahawanan melalui mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas.

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2018 Secara Online

A. CARA MEMOHON KATA LALUAN DAN MENGISI BORANG ONLINE

Bagi permohonan baharu, pemohon perlu mendapatkan kata laluan permohonan secara atas talian (online) melalui laman web seperti berikut. Selesai sahaja mendapat kata laluan, pemohon perlulah mengisi borang permohonan online melalui laman web yang sama :

Nota Pengisian Borang MRSM Form 4

  1. Permohonan kata laluan adalah percuma. Tempoh permohonan kata laluan dibuka mulai 19 September hingga 31 Oktober 2017.
  2. Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan.
  3. Pilih MRSM yang dinyatakan mengikut program semasa mengisi borang permohonan online.
  4. Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat: http://www.mara.gov.my

B. ONLINE SELF-ASSESSMENT (OLSA)

Setiap pemohon hendaklah menjawab OLSA bagi mata pelajaran Keperibadian dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan.

Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab soalan OLSA dalam tempoh yang diberikan iaitu bermula dari 19 September hingga 31 Oktober2017.

C. SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MRSM 2018

Setelah tarikh permohonan ditutup, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang ditolak tidak akan dipertimbangkan.

Semakan boleh dibuat pada bulan Februari 2018. Hanya permononan yang berjaya sahaja akan dihubungi. Jika tiada sebarang jawapan sehingga 30 April 2018, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MARA.

Untuk makluman, pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Semua keputusan Jawatankuasa Pengambilan PelajarMRSM adalah muktamad.

* Maklumat Dan Panduan Kemasukan :

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan dan syarat permohonan dalam PDF di bawah ini:-

Rayuan MRSM 2018 (Akan dikemaskini)

Rayuan secara online boleh dikemukakan kepada pemohon yang tidak berjaya (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). Sekiranya gagal ketika UKKM, tiada rayuan boleh dilakukan (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat).

Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi

Semoga berjaya membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2018 Online. Diharapkan permohonan anda berjaya seterusnya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2018.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*