Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019. Ibu bapa pasti tertanya-tanya bilakah tarikh Permohonan MRSM Tingkatan 4 ambilan 2019 secara Online akan dibuka dan bilakah ianya akan ditutup? Sebagai rujukan buat pelajar PT3 tahun 2018. Berdasarkan makluman Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA), permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 MRSM 2019, Maktab Rendah Sains MARA akan mula di buka dari 9 September sehingga 15 Disember 2018. 4 Disember 2018 pula adalah tarikh tutup baharu bagi permohonan Tingkatan 1.

Seperti sedia maklum, Tarikh peperiksaan PT3 2018 akan diadakan dari 1 hingga 4 Oktober 2018. Tarikh tutup untuk membuat permohonan pula ialah sebelum 15 Disember 2018. Oleh yang demikian, pelajar mempunyai masa yang cukup untuk membuat permohonan sebelum tarikh tersebut. Kita sedia maklum bahawa MRSM mampu menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 4 Online
Cara Membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 Online

Sehubungan dengan itu, MARA membuka peluang kepada pelajar TlNGKATAN TIGA 2018 yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik untuk kemasukan ke MRSM tingkatan 4 tahun 2019. Antara syarat kemasukan, keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.  Dibawah ini adalah maklumat permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2019 secara online.

Syarat Kelayakan Memohon MRSM Tingkatan 4

Antara syarat kelayakan memohon adalah pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan umum dan akademik seperti di bawah:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  2. Pelajar tingkatan tiga yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
  3. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.Memiliki sikap diri yang positif
  4. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal.
  5. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  6. Memperoleh keputusan minimum 6A 4B (Semenanjung Malaysia) dan 5A SB (Sabah & Sarawak) dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (P13) tahun 2017 (tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Tambahan dan Pendidikan Kesenian).
  7. Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
  8. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
    Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Program Yang Ditawarkan (Aliran) Di MRSM Tingkatan 4

Untuk pengetahuan semua, terdapat tiga program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) ada dilaksanakan di MRSM iaitu:

i. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)

Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM.

ii. MRSM Program SPMRSM Teknikal

SPMRSM Teknikal menekankan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan iaitu ilmu Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

iii. MRSM Program SPMRSM Sains Keusahawanan

SPMRSM Sains Keusahawanan menekankan elemen keusahawanan melalui mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas.

Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 Secara Online

A. CARA MEMOHON KATA LALUAN DAN MENGISI BORANG ONLINE

Bagi permohonan baharu, pemohon perlu mendapatkan kata laluan permohonan secara atas talian (online) melalui laman web seperti berikut. Selesai sahaja mendapat kata laluan, pemohon perlulah mengisi borang permohonan online melalui laman web yang sama :

Nota Pengisian Borang MRSM Form 4

  1. Permohonan kata laluan adalah percuma.
  2. Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan.
  3. Pilih MRSM yang dinyatakan mengikut program semasa mengisi borang permohonan online.
  4. Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat: http://www.mara.gov.my

B. SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MRSM 2019

Setelah tarikh permohonan ditutup, hanya pemohon yang layak sahaja akan dipertimbangkan. Permohonan yang ditolak tidak akan dipertimbangkan.

Semakan boleh dibuat pada bulan Februari 2019. Hanya permononan yang berjaya sahaja akan dihubungi. Jika tiada sebarang jawapan sehingga bulan April 2019, permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MARA.

Untuk makluman, pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Semua keputusan Jawatankuasa Pengambilan PelajarMRSM adalah muktamad.

* Maklumat Dan Panduan Kemasukan :

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada iklan dan syarat permohonan dalam PDF di bawah ini:-

Rayuan MRSM 2019 

Keputusan permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 boleh disemak pada Januari/Februari 2019. Pemohon adalah dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat semakan terkini di Laman Web Rasmi MARA.

Rayuan untuk pelajar yang gagal menerima tawaran kemasukan MRSM boleh dilakukan secara online bermula pada tarikh keputusan diumumkan. Namun begitu, keputusan rayuan adalah berpandukan kepada jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2019.

Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang untuk mengemukakan rayuan secara online

  • Applikasi rayuan sama dengan applikasi semakan keputusan
  • Untuk permohonan rayuan MRSM, jika tiada butang pautan rayuan selepas membuat semakan keputusan, pemohon boleh mencuba menulis surat rasmi permohonan rayuan secara bertulis kepada pihak MARA seperti maklumat panduan Pengambilan Dan Penempatan Pelajar.
  • Contoh surat rayuan kemasukan MRSM boleh dirujuk di Surat Rayuan MRSM

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), sila hubungi :-

  • Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-26132000 sambungan 39070, 34494, 34517, 35073, 34578

Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi

Semoga berjaya membuat Permohonan MRSM Tingkatan 4 2019 Online. Diharapkan permohonan anda berjaya seterusnya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan Empat Maktab Rendah Sains MARA ambilan 2019.