Permohonan MRSM Tingkatan 1 2018

Permohonan MRSM Tingkatan 1 2018. Kepada semua pelajar Tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2017, jika anda berminat dan berkelayakan untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 (Form 1) ambilan 2018 kini anda boleh membuat Permohonan MRSM Tingkatan 1 2018 secara online.

Berdasarkan makluman di Laman Web Majlis Amanah Rakyat (MARA), tarikh permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM 2018 bagi MRSM di Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan mula dibuka pada 19 September sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Oktober 2017. Permohonan Tingkatan 4 (Empat) juga dibuka pada tarikh yang sama.

Permohonan MRSM Tingkatan 1 2018

Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) 2018 Tingkatan 1 Online

Sehubungan dengan itu, kami kongsikan maklumat Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 2018 secara online. Majlis Amanah Rakyat (MARA) membuka peluang kepada calon-calon berpotensi yang berminat dan cemerlang dalam sahsiah diri serta akademik untuk memohon kemasukkan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sesi 2018. Sebagai makluman semua, keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.

Permohonan MRSM Tingkatan 1 2018

Seperti sedia maklum, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) mampu menyediakan sistem pendidikan yang beteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Permohonan dibuka kepada pelajar tahun enam (6) yang telah menduduki peperiksaan UPSR tahun 2017 dan berminat serta mendapat keputusan yang cemerlang, anda boleh membuat permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu (1) MRSM 2018 secara online.

Syarat Kelayakan Permohonan MRSM Tingkatan 1 2018

Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat
kelayakan seperti di bawah:

  1. Memiliki sikap diri yang positif
  2. Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  3. Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  4. Memperoleh keputusan 3A3B (Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (Sabah & Sarawak) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2017.
  5. Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR tahun 2017.
  6. Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan.
    Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.

Syarat Umum Permohonan MRSM

Beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pemohon sebelum membuat Permohonan MRSM Tingkatan 1 2018 secara online adalah seperti berikut :-

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia
  2. Ibu atau bapa warganegara Malaysia
  3. Permohonan terbuka kepada pelajar Tahun 6 yang bersekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
  4. Pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab Online self-assessment (OLSA) pada masa yang telah ditetapkan

Program Tingkatan 1 MRSM Yang Ditawarkan

Terdapat lima program yang berteraskan Science, Technology, Engineering dan Mathematics (STEM) dilaksanakan di MRSM:-

i. MRSM Program Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM Premier)

Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM.

ii. MRSM Program SPMRSM Ulul Albab

Program SPMRSM Ulul Albab mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia. Selain itu, terdapat tambahan program hafazan Al-Quran. Untuk peperiksaan SPM pelajar akan mengambil mata pelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah sebagai subjek tambahan selain mata pelajaran teras yang lain.

iii. MRSM Program SPMRSM Cambridge-IGCSE

Program SPMRSM Cambridge IGCSE (Cambridge International General Certificate of Secondary Education) ialah Sistem Pendidikan MRSM yang menawarkan dwisijil iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lGCSE dalam tempoh lima tahun pengajian.

Pelajar menduduki kedua-dua peperiksaan iaitu Cambridge IGCSE semasa di tingkatan empat dan SPM semasa di tingkatan lima.

iv. MRSM Program SPMRSM lB-Middle Years Programme (MYP)

Program SPMRSM MYP mengekalkan kurikulum sedia ada yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dan mengaplikasikan pendekatan MYP dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate

v. MRSM Program SPMRSM Teknikal

SPMRSM Teknikal menerapkan elemen teknikal melalui mata pelajaran Sains Kejuruteraan yang merangkumi ilmu Kejuruteraan Robotik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrikal dari Tingkatan 1 hingga 3. Kesinambungannya diteruskan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pelajar ditawarkan dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

PANDUAN PERMOHONAN MRSM TINGKATAN 1 2018 ONLINE

A. CARA MENDAPATKAN KATA LALUAN MELALUI ONLINE

Bagi permohonan baru, pemohon perlu mendapatkan kata laluan permohonan secara atas talian (online) melalui laman web seperti berikut:-

  • https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Permohonan kata laluan adalah percuma. Tempoh permohonan kata laluan dibuka mulai 19 September hingga 31 Oktober 2017.

B. CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE

Nota Permohonan

Bagi memudah penyaluran maklumat, pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi. Pemohon perlu memilih MRSM yang diseneraikan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan.

Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat: http://www.mara.gov.my

C. ONLINE SELF-ASSESSMENT (OLSA)

Semua pemohon perlu menjawab soalan OLSA bagi mata pelajaran Keperibadian dalam tempoh yang ditetapkan di pautan (link) yang akan diberikan dalam cetakan borang permohonan.

Bermula daripada 19 September hingga 31 Oktober 2017 pemohon perlu mengisi borang permohonan online dan menjawab OLSA.

D. UJIAN KHAS MENGIKUT PROGRAM

Pemohon yang memilih program SPMRSM ULUL ALBAB, SPMRSM CAMBRIDGE lGCSE dan SPMRSM TEKNIKAL hendaklah menduduki Ujian Khas yang telah ditetapkan. Pemohon akan dihubungi untuk menduduki Ujian Khas ini melalui emel dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Semua pemohon yang telah dihubungi untuk menduduki Ujian Khas wajib membawa cetakan borang permohonan dan dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian.

E. MAKLUMAT TAMBAHAN PERMOHONAN FORM 1 MRSM

Pemohon yang layak sahaja akan dipertimbangkan oleh pihak MARA. Permohonan yang tidak layak tidak akan dipertimbangkan.

Kesemua pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak MARA. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2018, permohonan dianggap gagal. Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian seperti yang telah ditetapkan oleh MARA.

Untuk makluman, pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh lntegrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM. Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Maklumat Lanjut

Terdapat syarat baharu bagi kemasukan bermula sesi kemasukan 2017. Syarat kemasukan telah dilonggarkan kepada 3A dan 3B (calon Semenanjung) dan 3A 2B 1C (Calon Sabah dan Sarawak) dalam peperiksaan UPSR 2017. Berbanding syarat terdahulu pelajar perlu memperoleh keputusan 6A (permohonan semenanjung) dan minimum 3A 3B (A dalam subjek Matematik dan Sains dan tiada gred C, D dan E) – Permohonan Sabah & Sarawak dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016

Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan, sila rujuk Maklumat Kemasukan dalam PDF di bawah ini:

Semakan Keputusan Dan Rayuan MRSM 2018 (Akan dikemaskini)

Dijangkakan pemohon boleh membuat semakan permohonan sekitar minggu ketiga Januari 2018 (Jika mengikut tarikh tahun lepas pada 23 Januari 2017). Sebarang maklumat boleh disemak di Laman Web Rasmi MARA.

Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). Sekiranya pemohon gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan membuat rayuan (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat).

Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi

Selamat berjaya membuat Permohonan MRSM 2018 Tingkatan 1 Online buat pelajar Tahun 6 2017. Moga cita cita anda untuk memasuki Maktab Rendah Sains MARA dalam menyambung pengajian sekolah menengah tercapai.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*