Permohonan Kemasukan KV Dan SMT 2018

Permohonan Kemasukan KV 2018 Dan SMT Online. Perhatian kepada pelajar lepasan PT3, adakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran? Di sini ada berita baik buat Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Berikut dikongsikan maklumat Permohonan kemasukan KV Kolej Vokasional 2018 Dan SMT secara Online.

Pelajar yang berminat dan berkelayakan adalah dijemput untuk memohon mana-mana program Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2018 seperti makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tarikh untuk memohon KV/ SMT adalah dari 10 Oktober sehingga 20 Disember 2017.

  1. Senarai SMT dan kursus yang ditawarkan klik Sekolah Menengah Teknik
  2. Senarai KV dan kursus ditawarkan sila klik Kolej Vokasional

Permohonan Kemasukan KV Dan SMT 2018
Permohonan Kemasukan KV Dan SMT Ambilan Januari 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan KV Kolej Vokasional 2018 Dan SMT secara Online. Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2017 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) digalakkan untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2018 seperti berikut :-

  • Tarikh Buka : 10 Oktober 2017
  • Tarikh Tutup : 20 Disember 2017

1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)

  • Di Kolej Vokasional KPM

2. Aliran Teknikal

  • Di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia

3. Program Kemahiran

di :-

  1. Kolej Vokasional KPM
  2. Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
  3. GIATMARA

Cara Membuat Permohonan KV dan SMT 2018 Secara Online

Jika ada pemohon yang berminat dan berkelayakan perlu mengakses Applikasi Permohonan KV Dan SMT 2018 :

Klik https://sptv.moe.gov.my/

Permohonan KV & SMT hendaklah dibuat berdasarkan kepada Aliran Murid Tingkatan 3 2017 seperti berikut:-

A. Murid Lepasan PBS : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama

Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :

  1. Pentaksiran Pusat (PT3)
  2. Pentaksiran Sekolah (PS)
  3. PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
  4. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

B. Murid Lepasan PAV

Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.

C. Murid Yang Bersekoah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM

Syarat Umum Permohonan KV Dan SMT 2018

Berikut adalah syarat umum permoohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2018 :-

  1. Warganegara
  2. Tingkatan Tiga Tahun 2017
  3. Sihat dan Sesuai Fizikal
  4. Bebas daripada Penyakit Kronik

Maklumat Lanjut Permohonan KV Dan SMT

Pemohon boleh merujuk kepada maklumat/ informasi di bawah ini untuk sebarang masalah atau pertanyaan :-

Akan dikemaskini selepas applikasi permohonan dibuka pada 10 Oktober 2017

  1. Institusi dan Kursus Yang Ditawarkan
    Syarat Permohonan
    Carta Alir Permohonan
    Info Kursus
    Panduan Permohonan
    FAQ

Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6, Blok E14, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

Semakan Keputusan Kemasukan Ke KV Dan SMT 2018

Untuk membuat semakan keputusan, calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my atau BPTV mulai (akan dikemaskini). Jika pada tahun lepas keputusan diumumkan pada 16 Januari hingga 22 Januari 2017.

Bagi mendapatkan info terbaharu, calon adalah disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM. Jika calon tidak berjaya, anda boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan.

Selamat maju jaya kepada pemohon KV Kolej Vokasional 2018 Dan SMT Online. Diharapkan permohonan anda berjaya seterusnya anda mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang dihajati.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*