Permohonan Kemasukan KV 2020 Dan SMT Online. Perhatian kepada pelajar lepasan PT3, adakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Vokasional, Aliran Teknikal dan Program Kemahiran? Di sini ada berita baik buat Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2019 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Berikut dikongsikan maklumat Permohonan kemasukan KV Kolej Vokasional 2020 Dan SMT secara Online.
Pelajar yang berminat dan berkelayakan adalah dijemput untuk memohon mana-mana program Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2020 seperti makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tarikh untuk memohon KV/ SMT adalah dari 15 Oktober sehingga 19 Disember 2019.
- Senarai SMT dan kursus yang ditawarkan klik Sekolah Menengah Teknik
- Senarai KV dan kursus ditawarkan sila klik Kolej Vokasional

Permohonan Kemasukan KV Dan SMT Ambilan Januari 2020 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting Permohonan KV Kolej Vokasional 2020 Dan SMT secara Online. Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2019 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) digalakkan untuk memohon mana-mana program yang ditawarkan bagi Ambilan Januari 2020 seperti berikut :-
- Tarikh Buka : 15 Oktober 2019
- Tarikh Tutup : 19 Disember 2019
1. Program Kolej Vokasional (menjurus kepada Diploma)
- Di Kolej Vokasional KPM
2. Aliran Teknikal
- Di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh Malaysia
3. Program Kemahiran
di :-
- Kolej Vokasional KPM
- Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
- GIATMARA
Cara Membuat Permohonan KV dan SMT 2020 Secara Online
Jika ada pemohon yang berminat dan berkelayakan perlu mengakses Applikasi Permohonan KV Dan SMT 2020 :
Permohonan KV & SMT hendaklah dibuat berdasarkan kepada Aliran Murid Tingkatan 3 2019 seperti berikut:-
A. Murid Lepasan PBS : Aliran Perdana/ Akademik/ Agama
Murid menduduki PBS yang merangkumi 4 komponen iaitu :
- Pentaksiran Pusat (PT3)
- Pentaksiran Sekolah (PS)
- PAJSK – Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
- Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
- Klik PBS untuk memohon
Syarat Permohonan
Institusi dan kursus yang ditawarkan - FAQ Permohonan
B. Murid Lepasan PAV
Terbuka kepada murid yang telah mengikuti asas vokasional mulai Tingkatan Satu (1) di SMK yang menawarkan PAV.
- Klik PAV untuk memohon
Syarat Permohonan
Senarai Institusi Dan Kursus Yang Ditawarkan - FAQ
- Panduan Permohonan
C. Murid Yang Bersekoah Swasta/ Negeri Di Luar Kawalan KPM
- Klik INFO
Syarat Umum Permohonan KV Dan SMT 2020
Berikut adalah syarat umum permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2020 :-
- Warganegara
- Tingkatan Tiga Tahun 2019
- Sihat dan Sesuai Fizikal
- Bebas daripada Penyakit Kronik
Maklumat Lanjut Permohonan KV Dan SMT
Pemohon boleh merujuk kepada maklumat/ informasi di bawah ini untuk sebarang masalah atau pertanyaan :-
- Institusi dan Kursus Yang Ditawarkan
Syarat Permohonan
Carta Alir Permohonan
Info Kursus
Panduan Permohonan
FAQ
Sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi BPTV di
Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6, Blok E14, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian 03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)
Semakan Keputusan Kemasukan Ke KV Dan SMT 2020
Untuk membuat semakan keputusan, calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my atau BPTV mulai
- 15 Januari hingga 21 Januari 2020
Bagi mendapatkan info terbaharu, calon adalah disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM. Jika calon tidak berjaya, anda boleh hadir terus atau menghubungi pihak institusi yang terlibat untuk membuat rayuan.
Selamat maju jaya kepada pemohon KV Kolej Vokasional 2020 Dan SMT Online. Diharapkan permohonan anda berjaya seterusnya anda mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang dihajati.