Pendaftaran PraSekolah 2019 Online ePrasekolah

  1. Home
  2. »
  3. Permohonan
  4. »
  5. Pendaftaran PraSekolah 2019 Online ePrasekolah

Daftar PraSekolah KPM Tahun 2019 Online. Perhatian buat ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak mereka ke pra sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tahun 2019. Pendaftaran PraSekolah 2019 secara online dan borang manual telah dibuka pada 1 Mac 2018.

Sejajar dengan perkembangan teknologi, KPM telah membangunkan aplikasi pendaftaran dalam talian/ online sebagai pilihan utama selain borang pendaftaran secara manual yang boleh didapati dari institusi/ sekolah yang ingin dipohon.

Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Pra Sekolah 2019 Online

Berikut merupakan dua cara untuk membuat pendaftaran pra sekolah:-

  1. Secara atas talian (secara online). Sebagai rujukan manual pengguna juga disediakan
  2. Secara manual iaitu melalui sekolah ingin dimohon

Tarikh Penting Untuk Permohonan PraSekolah 2019

Perlu diingatkan kepada ibu bapa, anda diberi satu tempoh tetap untuk pendaftaran ini mengikut cara yang telah anda lakukan:

  1. Tempoh untuk ibu bapa untuk mendaftar secara online adalah dari 1 Mac 2018 sehingga 30 April 2018
  2. Tempoh untuk ibu bapa membuat pendaftaran secara manual adalah dari 1hb Mac 2018 hingga 31 Mei 2018

Syarat Kelayakan Permohonan PraSekolah 2019

Hanya 2 syarat-syarat ini yang ibu bapa perlu ambil perhatian untuk mendaftarkan anak anda ke pra sekolah pada tahun 2019 iaitu:

  1. Anak yang mempunyai taraf warganegara Malaysia sahaja
  2. Untuk anak yang dilahirkan pada 2 Januari 2013 hingga 15 Januari 2015 sahaja

Proses Untuk Pendaftaran Prasekolah 2019 Secara Atas Talian

Disediakan tatacara ringkas untuk melakukan permohonan seperti berikut:

  1. Ibu bapa/ penjaga murid dikehendaki melayari laman Web
  2. Lengkapkan pendaftaran sebagai pengguna terlebih dahulu dan pastikan maklumat adalah tepat
  3. Tekan Log Masuk (No. Mykad & kata laluan) selepas selesai membuat pendaftaran sebagai pengguna tadi
  4. Tekan butang Borang Permohonan Prasekolah (untuk kemasukan pada tahun 2019) bersama Mykid anak
  5. Lengkapkan segala maklumat anak yang ingin didaftarkan serta maklumat-maklumat yang berkaitan
  6. Lengkapkan serta pilih hanya satu sekolah yang ingin dipohon
  7. Ibu Bapa/Penjaga perlu membuat pengesahan permohonan selepas selesai mengisi maklumat semua
  8. Tekan Hantar Permohonan di atas talian supaya permohonan dapat diproses
  9. Anda perlu mencetak permohonan untuk melakukan proses yang seterusnya
  10. Perlu diingatkan juga, cetakan untuk borang permohonan berserta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu di hantar ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada
    • 30 April 2018
  11. Akhir sekali, anda boleh membuat semakan keputusan secara atas talian mulai 5 Ogos 2018 dan tertakluk kepada pindaan

Proses Permohonan PraSekolah Secara Online

proses permohonan prasekolah online

Proses Untuk Memohon Secara Manual

Disediakan tatacara secara ringkas dalam melakukan permohonan seperti berikut:

  1. Ibu bapa dikehendaki untuk mengambil borang permohonan serta dapatkan maklumat terperinci di tempat sekolah ingin dimohon terlebih dahulu
  2. Anda perlu melengkapkan borang permohonan secara terperinci dan tepat
  3. Pastikan anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  4. Perlu diingatkan juga, anda dikehendaki menghantar borang permohonan berserta dokumen berkaitan ke sekolah ingin dipohon tersebut selewat-lewatnya pada
    • 31 Mei 2018
  5. Akhir sekali, semakan keputusan permohonan anda boleh dilakukan melalui sekolah yang telah dimohon tersebut mulai 5 Ogos 2018 serta tertakluk kepada pindaan

Proses Permohonan PraSekolah Secara Manual

proses permohonan prasekolah manual

Rayuan Permohonan/ Pendaftaran PraSekolah 2019

Ibu bapa/penjaga boleh membuat rayuan sekiranya permohonan anda tidak berjaya mulai 5 Ogos hingga 20 Ogos 2018 mengikut keadaan berikut:

  1. Bagi permohonan online yang tidak berjaya, anda boleh membuat rayuan melalui laman sesawang ePrasekolah dalam masa tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan dan pastikan id pengguna & katalaluan yang diguna untuk membuat rayuan adalah merupakan id pengguna & katalaluan yang sama semasa permohonan yang telah dibuat dahulu.
  2. Alternatif yang lain, anda juga boleh mengemukakan rayuan sama ada kepada sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Wilayah(PPW)/Pejabat Pendidikan Daerah(PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri-negeri yang tiada PPW/PPD
  3. Bagi permohonan yang dibuat secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau PPW/PPD atau JPN
  4. Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai
    • 10 September 2018 (tertakluk kepada perubahan)
  5. Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dilakukan pada tempat rayuan yang telah dihantar. Anda juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya

Semoga perkongsian cara membuat permohonan Pendaftaran PraSekolah 2019 Online ini boleh dijadikan panduan buat semua terutama ibu bapa yang pertama kali membuat permohonan secara online. Diharapkan semoga permohonan anda berjaya serta diluluskan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *