Login SAPS NKRA Analisis Keputusan Peperiksaan

Login SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Online. Berita baik buat semua, berikut merupakan panduan buat Ibu bapa dan penjaga untuk membuat semakan online keputusan ujian dan peperiksaan secara. Untuk membuat semakan keputusan peperiksaan anak anda, anda kini boleh log masuk Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah melalui SAPS NKRA

Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat bagi pelajar sekolah rendah dari Darjah 1 sehingga Darjah 6 manakala untuk sekolah Menengah,disediakan semakan untuk pelajar Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Sistem SAPS akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dalam bentuk markah, gred dan kedudukan di dalam kelas.

SAPS new

Login SAPS NKRA Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Berikut merupakan panduan membuat semakan keputusan peperiksaan anak anda menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA. Antara keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah :

  • Ujian 1 dan Ujian 2
  • Peperiksaan Pertengahan Tahun
  • Peperiksaan Akhir Tahun
  • Trial Exams (Peperiksaan Percubaan) untuk UPSR, PT3 dan SPM

Walau bagaimanapun, keputusan penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS.

Langkah Buat Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Berikut merupakan langkah-langkah mudah dan senang untuk menyemak Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online :

Semakan Keputusan Peperiksaan Melalui SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Langkah-langkah mudah dan senang untuk ibu bapa dan penjaga murid dalam membuat Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibu Bapa secara online adalah seperti berikut :-
NOAKTIVITI
1

Sila layari laman web SAPS IBU BAPA untuk akses ke menu utama

2Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space)
SAPS new
3Pilih negeri di mana terletaknya sekolah dan pilih nama sekolah terkini
nkra1.1
4Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah :-
5Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan dan sebagainya
nkra2
6Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan
nkra3
7Slip keputusan memaparkan subjek yang di ambil, gred dan markah bagi setiap subjek berserta markah keseluruhan. Markah keseluruhan ini dijadikan penanda aras bagi mengira peratus pencapaian, menentukan sama ada murid tersebut lulus atau gagal. Berdasarkan slip ini, para ibu bapa dapat membuat perbandingan dbagi kedudukan kelas dan kedudukan dalam darjah
NOTA : Analisa markah memaparkan keputusan 4 peperiksaan utama bagi tahun tersebut.  Berdasarkan analisa ini, ibu bapa dapat membandingkan markah keempat-empat ujian bagi menilai prestasi  anak-anak

 

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2019

Berikut dikongsian Tarikh Penting bagi Markah Peperiksaan dalaman SAPS yang di key-in pada tahun 2019 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di Malaysia. Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2019 ini memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah.

  • Pengisian markah untuk Peperiksaan Dalaman Sekolah Tahun 2019 hanya bagi murid Tahun 4 sehingga Tahun 6 dan Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Tiada pengisian bagi Ujian 1, Ujian 2 dan Saringan LINUS Khas dalam SAPS
  • Pengisian markah Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) akan dibuka pada 17 Mei 2019 hingga 16 Jun 2019. Ianya tertakluk kepada sebarang pindaan

Takwim pengisian markah peperiksaan dalaman sekolah dalam sistem SAPS tahun 2019 adalah seperti berikut :-

takwim pengisian markah saps 2019

Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS Tahun 2018

Berikut adalah Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan SAPS 2018 untuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Ia memaparkan jenis peperiksaan, tarikh mula dan akhir key in markah

Semakan Keputusan Peperiksaan Terkini 2018 hanya boleh dibuat selepas markah selesai diisi.
takwim kemasukan markah saps 2018

*Tarikh yang sama boleh digunakan sebagai rujukan bagi tahun 1 – 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing.

Diharapkan kewujudan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS NKRA oleh Kementerian Pendidikan ini mampu memudahkan ibu bapa memantau prestasi akademik anak mereka serta membantu dalam meningkatkan prestasi akademik mereka.

button 300x68