Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018

  1. Home
  2. »
  3. Jadual
  4. »
  5. Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018

Jadual Peperiksaan UPSR 2018 (UPSR Exam Date). Anda sedang mencari bilakah tarikh peperiksaan UPSR 2018 akan diadakan? Bagi pelajar Darjah 6 yang masih belum mengetahui tarikh peperiksaan UPSR 2018,  berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018 untuk panduan anda. Jadual Peperiksaan Rasmi Ujian Pencapaian Rendah (UPSR) 2018 akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP).

Tarikh Peperiksaan UPSR 2018 ini mengandungi maklumat lengkap seperti tarikh, hari, masa, kod / nama kertas serta jenis kertas dan arahan buat calon.

  • Sila klik SAPS untuk semakan SAPS Ibu Bapa Keputusan Peperiksaan Online

jadual upsr 2018

Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2018 (Tarikh Peperiksaan)

Berikut merupakan Jadual Peperiksaan UPSR 2018 yang akan berlangsung selama 5 hari iaitu dari 20 dan 24 hingga 27 September 2018. Ujian Penilaian Sekolah Rendah adalah merupakan peperiksaan yang dikhususkan dan diambil oleh pelajar Tahun Enam pendidikan sekolah rendah.

Tarikh Peperiksaan

  • Ujian bertulis UPSR 2018 akan diadakan dari 20 dan 24 hingga 27 September 2018

Jadual Waktu UPSR 2018

Tahun 2017

Berikut merupakan jadual penuh/ lengkap peperiksaan UPSR 2017 yang memaparkan tarikh peperiksaan / masa, kod kertas dan tempoh masa peperiksaan dijalankan.

11 September 2017 (Isnin)

upsr 11 sept

12 September 2017 (Selasa)

upsr 12 sept

13 September 2017 (Rabu)

upsr 13 sept

14 September 2017 (Khamis)

upsr 14 sept

18 September 2017 (Isnin)

upsr 18 sept

Arahan AM Kepada Calon UPSR 2017

1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Bagi calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Buat calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2017.

2. Para calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

3. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2017 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Semoga perkongsian ini dapat membantu adik-adik merancang waktu mengulangkaji pelajaran dengan bijak. Selamat Maju Jaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *