Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2018 KAFA

Tarikh Dan Jadual Peperiksaan UPKK 2018 KAFA. Panduan buat murid tahun 5 dan ibu bapa/ penjaga murid yang ingin mengetahui bila tarikh Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun 2018. Berikut dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPKK pada tahun 2018 yang memaparkan tarikh, masa, hari dan mata pelajaran.

Peperiksaan UPKK terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Ujian Amali, Lisan dan Bertulis. Harap maklum, bagi kertas soalan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) dan Amali Solat telah bermula pada 1 Februari hingga 20 Ogos 2018 nanti. Peperiksaan UPKK ini dilakukan secara berperingkat mengikut majoriti calon UPKK yang sedia ada di sekolah tersebut. Bagi kertas ujian lisan Tilawah dan Tadarus Al Quran serta Tafsir dan Hafazan Al Quran pula akan bermula pada 17 hingga 28 September 2018.

Jadual waktu peperiksaan UPKK 2018 KAFA

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2018 KAFA (Tarikh Dan Hari)

Berikut dikongsikan maklumat peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA buat panduan pelajar dan ibu bapa. Peperiksaan UPKK telah diselaraskan di seluruh Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Sukatan pelajaran kurikulum KAFA yang telah diselaraskan oleh JAKIM ini adalah untuk murid tahun lima. Anatara sekolah-sekolah yang terbabit adalah di Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Kebangsaan (SK).

Peperiksaan UPKK bermatlamat untuk menilai tahap kemahiran, penghayatan dan kebolehan murid tahun 5 dalam bidang pengajian Islam. Ianya menjuruskan kepada Al-Quran, Adab (Akhlak Islamiyah), Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Asas Lughatul Quran dan Jawi & Khat.

Mata Pelajaran Yang Dinilai

Bidang pengajian yang dinilai dalan UPKK adalah:

  1. Al-Quran
  2. Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadat)
  3. Sirah
  4. Asas Lughatul Quran
  5. Amali Solat
  6. Adab (Akhlak Islamiyah)
  7. Penghayatan Cara Hidup Islam
  8. Jawi dan Khat

Kaedah serta bentuk untuk dinilai melalui Peperiksaan UPKK adalah:

  • Secara Lisan – Al-Quran
  • Bentuk Amali – Amali Solat
  • Bentuk Lisan & Pemerhatian – Penghayatan Cara Hidup Islam
  • Penulisan Bertulis
    1. Ulum Syariah ( Aqidah dan Ibadah )
    2. Sirah
    3. Adab (Akhlak Islamiyah)
    4. Jawi dan Khat
    5. Asas Lughatul Quran

Jadual Peperiksaan UPKK 2018 (Ujian Amali, Lisan dan Bertulis)

Untuk panduan semua, dikongsikan Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2018. Dapat di lihat melalui Jadual peperiksaan UPKK ini mengenai tarikh dan masa untuk Peperiksaan amali, lisan dan bertulis secara terperinci.

Tarikh dan masa ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan:

  1. Ujian Amali Solat
    – 1 Februari hingga 20 Ogos 2018 (3 hingga 4.30 petang)
  2. Penghayatan Cara Hidup Islam
    – 1 Februari hingga 20 Ogos 2018 (3 hingga 4.30 petang)
  3. Ujian Lisan Tadarus & Tilawah Al-Quran
    – 17 hingga 28 September 2018 (3 hingga 4.30 petang)
  4. Ujian Lisan Hafazan & Tafsir Al-Quran
    – 17 hingga 28 September 2018 (3 hingga 4.30 petang)
  5. Ujian Bertulis
    – 1 Oktober 2018 (Isnin) – Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah) pada jam 2:30 hingga 4 petang
    – 2 Oktober 2018 (Selasa) – Sirah: 2:15 hingga 3:45 petang manakalaPelajaran Jawi dan Khat pada jam 4 hingga 5 petang
    – 3 Oktober 2018 (Rabu) – Adab (Akhlak Islamiyah) I pada 2:30 hingga 4 petang manakala Adab (Akhlak Islamiyah) II pada jam 4:15 hingga 5:15 petang
    – 4 Oktober 2018 (Khamis) – Lughah Al-Quran pada jam 2:30 hingga 4:30 petang

Jadual Waktu Peperiksaan UPKK 2018 KAFA

Pemarkahan Gred UPKK

Pencapaian gred markah peperiksaan untuk UPKK adalah berdasarkan kepada skala markah berikut :-

  • A (Tahap Cemerlang) 80-100%
  • B (Tahap Baik) 60-79%
  • C (Tahap Memuaskan) 40-59%
  • D (Tahap Kurang Memuaskan) 01-39%
  • * * Tertakluk kepada sebarang perubahan

Akhir kata buat murid tahun 5 kelas KAFA, dengan ucapan selamat menduduki peperiksaan UPKK anda pada tahun 2018 ini. Semoga murid yang telah menghadapi UPKK ini akan berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*