Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2017

Jadual Tarikh Peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2017. Peringatan kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Berikut merupakan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2017 yang telah rasmi. Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah mengeluarkan tarikh peperiksaan untuk peperiksaan bertulis bagi memudahkan persiapan calon-calon melakukan ulang kaji pelajaran.

Peperiksaan SPM merupakan peperiksaan yang penting buat para pelajar kerana ianya merupakan tiket untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi.  Jika ingin menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi, terdapat pelbagai program pendidikan yang ditawarkan seperti kemasukan ke IPT (Universiti Awam/ Swasta), Program Matrikulasi , Tingkatan 6 (Enam). Bagi mereka yang ingin terus bekerja, sektor awam menyediakan jawatan yang  bersyaratkan kelayakan SPM.

Jadual Waktu Peperiksaan SPM

Jadual Tarikh Peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017

Berdasarkan pengumuman terkini Lembaga Peperiksaan Malaysia, tarikh peperiksaan bertulis SPM bagi tahun 2017 adalah bermula dari 6 November hingga 4 Disember 2017.

Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2017

Berikut merupakan jadual waktu peperiksaan bertulis SPM 2017 yang dikategorikan seperti tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan.

Nota Tarikh Peperiksaan SPM 2017

Berikut adalah tarikh peperiksaan SPM 2017 akan diadakan :-

  • Ujian Lisan : 6 Jun hingga 1 Julai 2017
  • Ujian Bertulis : 6 November hingga 4 Disember 2017

6 Hingga 9 November 2017

Jadual Waktu Peperiksaan SPM

13 dan 14 November 2017

Jadual Waktu Peperiksaan SPM

15, 16, 20 Dan 21 November 2017

Jadual Waktu Peperiksaan SPM

22, 23 Dan 27 November 2017

Jadual Waktu Peperiksaan SPM

28 November 2017

Jadual Waktu Peperiksaan SPM

29 Dan 30 November & 4 Disember 2017

Jadual Waktu Peperiksaan SPM

Amaran Peperiksaan Buat Calon Peperiksaan SPM

Calon yang menduduki peperiksaan di bilik / dewan peperiksaan adalah dilarang:

  1. Membawa  masuk  sebarang  catatan  sama  ada  pada  pakaian  atau  anggota  badan,  nota,  dokumen  seperti  buku,  lukisan,  grafik, akhbar,  kamus,  kertas,  Jadual  Waktu  Peperiksaan  serta  telefon  bimbit,  alat-alat  komunikasi  atau  peranti  elektronik,  bekas  alat tulis dan beg ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
  3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  5. Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  8. Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
  9. Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.

Peringatan

Calon yang tidak mematuhi Amaran Peperiksaan dianggap telah melakukan salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan  tindakan  tatatertib.  Menurut  Peraturan-Peraturan  Pendidikan  (Penilaian  dan  Peperiksaan)  1997  dalam  Akta  Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang  disifatkan  sebagai  suatu  salah  laku  serius  oleh  Lembaga  Peperiksaan.  Calon  yang  disabitkan  dengan  mana-mana  salah  laku boleh dikenakan tindakan berikut:-

1.Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan;

2.Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;

3.Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal

Cara Muat Turun/ Download Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2017

Maklumat lanjut berkenaan arahan dan peringatan buat calon-calon boleh di download atau dimuat turun melalui Jadual Peperiksaan SPM 2017, sila klik Jadual SPM 2017 dalam PDF (Kemaskini Jun 2017).

Selamat berjaya buat calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun 2017 nanti. Semoga jadual ini dapat membantu anda untuk membuat ulangkaji dengan penuh bersungguh-sungguh demi mendapat keptutusan cemerlang yang membantu ada melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*