Jadual Peperiksaan STAM 2017 Exam Date

  1. Home
  2. »
  3. Jadual
  4. »
  5. Jadual Peperiksaan STAM 2017 Exam Date

Jadual Peperiksaan STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia 2017. Perhatian buat calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan STAM 2017. Berikut merupakan Jadual Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM 2017 yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Oktober dan November 2017.

Pada tahun ini, seramai 9,534 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), terdapat 240 pusat peperiksaan yang akan dibuka di Malaysia dan Kemboja. Peperiksaan bertulis ini akan diadakan pada 23, 25, 30, 31 Oktober dan 1 November 2017 ini.

Jadual Peperiksaan STAM 2017

Jadual Tarikh Peperiksaan  Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017

Berdasarkan pengumuman terkini Lembaga Peperiksaan Malaysia, tarikh peperiksaan bertulis STAM bagi tahun 2017 adalah bermula dari 23 Oktober hingga 1 November 2017.

 

Jadual Peperiksaan STAM Bertulis 2017 

Berikut merupakan jadual waktu peperiksaan bertulis STAM 2017 yang boleh dijadikan panduan mengulang kaji buat calon-calon STAM. Maklumat-maklumat ini dikategorikan dalam bentuk tarikh, waktu, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan.

  • Tarikh peperiksaan STAM 2017 : 23 dan 25 Oktober, 30 – 31 Oktober dan 1 November 2017

Nota Penting

Jadual penuh peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM, SPMU dan PAV, boleh didownload atau dimuat turun di Takwim Peperiksaan Awam 2017.

23 Oktober 2017, Isnin

  • Hifz Al-Quran dan Tajwid
  • Fiqh Kertas 1
  • Fiqh Kertas 2

stam 23 olt

25 Oktober 2017, Rabu

  • Tauhid dan Mantiq Kertas 2
  • Tauhid dan Mantiq Kertas 1
  • Balaghah

stam 25 okt

30 Oktober 2017, Isnin

  • Nahu dan Sarf Kertas 2
  • Nahu dan Sarf Kertas 1
  • Adab dan Nusus

stam 30 okt

31 Oktober 2017, Selasa

  • Tafsir dan Ulumuhu Kertas 2
  • Tafsir dan Ulumuhu Kertas 1
  • Insya’ dan Mutalaah

stam 31 okt

1 November 2017, Rabu

  • ‘Arudh dan Qafiyah Kertas 2
  • ‘Arudh dan Qafiyah Kertas 1
  • Hadith dan Mustolah

stam 1 nov

ARAHAN AM – Larangan dan Peringatan Buat Calon

1.1 Calon wajib menduduki semua Kertas Peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana Kertas Peperiksaan bertulis akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.

1.2 Calon yang tidak menduduki mana-mana Kertas Peperiksaan bertulis dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh beserta dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan bertulis STAM 2017.

1.3 Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat, calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran sebanyak RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN menggunakan Kiriman Wang/ Wang Pos atas nama Pengarah Peperiksaan.

1.4 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2017 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.

Peringatan Penting

Calon-calon dibenarkan untuk menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram bagi kertas S102/11 Fiqh Kertas 1 dan S102/21 Fiqh Kertas 2. Calon adalah diingatkan untuk membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

  • Jadual lengkap beserta boleh di download atau dimuat turun di sini STAM 2017

Semoga berjaya buat calon-calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM 2017. Diharapkan dengan perkongsian Jadual Peperiksaan STAM 2017 ini dapat memudahkan calon-calon dalam proses ulangkaji mata pelajaran. Selamat maju jaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *