Jadual Peperiksaan SPMU 2018 (SPM Ulangan)

Jadual Dan Tarikh Peperiksaan SPMU 2018 (SPM Ulangan). Pemberitahuan kepada pelajar ulangan bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) yang ingin mengetahui bilakah jadual tersebut akan diadakan. Berikut dikongsikan tarikh peperiksaan ujian lisan dan ujian bertulis untuk Jadual Peperiksaan SPMU bagi tahun 2018. Di samping itu, ingin dimaklumkan juga kepada para pelajar serta ibu bapa/penjaga. Mereka boleh melihat Takwim Pentakisran dan Peperiksaan Awam yang telah di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada tahun 2018 ini.

Secara ringkas, peperiksaan SPMU 2018 telah dibahagikan kepada dua sesi  yang berasingan. Untuk sesi yang pertama akan diadakan pada bulan Jun 2018. Manakala, sesi kedua adalah pada bulan November 2018. Seperti yang telah dimaklumkan oleh LPM, kertas sesi Jun hanya melibatkan 3 kertas subjek sahaja iaitu Matematik, Sejarah dan Bahasa Melayu. Kepada calon SPMU untuk sesi November, mereka akan menduduki ujian/peperiksaan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan SPM.

Jadual Peperiksaan SPMU 2018 SPM ULANGAN

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2018 (SPM Ulangan)

Berikut dikongsikan jadual Peperiksaan SPMU tahun 2018 yang akan diadakan secara berasingan pada bulan November dan Jun 2018 untuk ujian bertulis. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh, hari, masa dan mata pelajaran (subjek).

Tarikh Peperiksaan SPMU

Sesi November:

  • Ujian Bertulis: 13 November hingga 13 Disember 2018

Sesi Jun:

  • Ujian Lisan: 4 hingga 30 Jun 2018
  • Ujian Bertulis: 25 hingga 27 Jun 2018

Draft Jadual Peperiksaan SPMU 2018

Untuk makluman semua, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Jadual Peperiksaan untuk SPMU pada 2018 ini secara draft terlebih dahulu seperti di bawah:

Jadual peperiksaan spmu 2018 spm ulangan

Jadual Untuk Peperiksaan SPMU 2018

Jadual ini akan dikemaskini kelak setelah pengumuman rasmi dibuat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

Download Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2018

Bagi sebarang maklumat terperinci berkenaan Jadual waktu Peperiksaan SPMU, para pelajar atau ibu bapa boleh membuat semakan dari masa ke semasa di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia di sini:

Untuk maklumat lanjut berkaitan peringatan serta arahan kepada calon untuk peperiksaan SPMU ini. Mereka boleh memuat turun (download) Jadual dan tarikh Peperiksaan SPMU 2018 dalam bentuk PDF.

Semoga perkongsian Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2018 ini memberi panduan untuk pelajar supaya mereka sentiasa bersiap sedia pada hari peperiksaan akan datang!

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*