Jadual Peperiksaan SPMU 2019 (SPM Ulangan)

Jadual Dan Tarikh Peperiksaan SPMU 2019 (SPM Ulangan). Pemberitahuan kepada pelajar ulangan bagi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) yang ingin mengetahui bilakah jadual tersebut akan diadakan. Berikut dikongsikan tarikh peperiksaan ujian lisan dan ujian bertulis untuk Jadual Peperiksaan SPMU bagi tahun 2019. Di samping itu, ingin dimaklumkan juga kepada para pelajar serta ibu bapa/penjaga. Mereka boleh melihat Takwim Pentakisran dan Peperiksaan Awam yang telah di keluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) pada tahun 2019 ini.

Secara ringkas, peperiksaan SPMU 2019 telah dibahagikan kepada dua sesi  yang berasingan. Untuk sesi yang pertama akan diadakan pada bulan Jun 2019. Manakala, sesi kedua adalah pada bulan November 2019. Seperti yang telah dimaklumkan oleh LPM, kertas sesi Jun hanya melibatkan 3 kertas subjek sahaja iaitu Matematik, Sejarah dan Bahasa Melayu. Kepada calon SPMU untuk sesi November, mereka akan menduduki ujian/peperiksaan pada tarikh yang sama dengan calon peperiksaan SPM.

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU

Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2019 (SPM Ulangan)

Berikut dikongsikan jadual Peperiksaan SPMU tahun 2019 yang akan diadakan secara berasingan pada bulan November dan Jun 2019 untuk ujian bertulis. Maklumat yang dikongsikan termasuk tarikh, hari, masa dan mata pelajaran (subjek).

Tarikh Peperiksaan SPMU

Sesi November:

  • Ujian Lisan : 3 Hingga 30 Jun 2019
  • Ujian Bertulis : Fasa 1 – 14 hingga 17 Oktober 2019 dan Fasa 2 – 5 hingga 27 November 2019

Sesi Jun:

  • Ujian Lisan : 3 Hingga 30 Jun 2019
  • Ujian Bertulis : 25 Hingga 27 Jun 2019

Draft Jadual Peperiksaan SPMU 2019

Untuk makluman semua, pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan Jadual Peperiksaan untuk SPMU pada 2019 ini secara draft terlebih dahulu seperti di bawah:

jadual spmu 2019 1

jadual spmu 2019 2

Nota Dan Arahan Peperiksaan SPM Ulangan 2019

  1. Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan.
  2. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2019.
  3. Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon.
  4. Calon dikenakan bayaran RM 30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.
  5. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM (Ulangan) 2019 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Bagi sebarang maklumat terperinci berkenaan Jadual waktu Peperiksaan SPMU, para pelajar atau ibu bapa boleh membuat semakan dari masa ke semasa di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia di sini:

Untuk maklumat lanjut berkaitan peringatan serta arahan kepada calon untuk peperiksaan SPMU ini. Mereka boleh memuat turun (download) Jadual dan tarikh Peperiksaan SPMU 2019 dalam bentuk PDF.

Semoga perkongsian Jadual Waktu Peperiksaan SPMU 2019 ini memberi panduan untuk pelajar supaya mereka sentiasa bersiap sedia pada hari peperiksaan akan datang!