Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis

Tarikh Dan Jadual Waktu Peperiksaan PT3 Tahun 2017. Buat para pelajar Tingkatan 3 yang masih tertanya-tanya tentang tarikh peperiksaan PT3 tahun 2017, berikut dikongsikan tarikh dan jadual peperiksaan PT3 2017 yang dipetik dari makluman Lembaga Peperiksaan (LPM), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk panduan semua dalam melakukan persiapan peperiksaan.

Peperiksaan bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan bermula pada 9 hingga 12 Oktober 2017. Untuk melihat tarikh peperiksaan awam yang lain bagi tahun 2017,sila rujuk di dalam dokumen PDF di Tarikh Peperiksaan 2017.

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Pentaksiran Tingkatan 3

Berikut merupakan jadual peperiksaan PT3 2017 sebagai panduandan rujukan pelajar Tingkatan 3 sekolah menengah untuk membantu anda merancang ulang kaji anda. Peperiksaan PT3 akan dilaksanakan melalui 3 jenis instrumen seperti berikut:-

  1. Ujian pelbagai instrumen (Kajian kes) – Kerja Kursus melibatkan Mata pelajaran Sejarah dan Geografi.
  2. Ujian lisan (bertutur dan mendengar) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  3. Peperiksaan/ Ujian bertulis yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Pendidikan Islam, Mathematics, Science dan Kemahiran Hidup Bersepadu.

Tarikh Dan Jadual Waktu Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun 2017

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi peperiksaan PT3 2017 yang meliputi Ujian Instrumen, Ujian Bertutur, Mendengar dan Ujian Tilawah Hafazan.

  • 2 hingga 26 Mei : Ujian Instrumen Pelbagai (Sejarah)
  • 9 hingga 31 Julai  : Ujian Instrumen Pelbagai (Geografi)
  • 2 hingga 30 April : Ujian Bertutur (BM, BI & BA (KBD))

Ujian Mendengar

  • i)  Bahasa Melayu : 22 Ogos
    ii) Bahasa Inggeris : 23 Ogos
    iii) Bahasa Arab (KBD) : 24 Ogos
  • 10 hingga 22 September : Maharat Al-Quran & Hifz Al-Quran (KBT) – Ujian Tilawah & Ujian Hafazan
  • Tarikh peperiksaan ujian bertulis PT3 : 9 hingga 12 Oktober 2017
  • Jadual akan dikemaskini selepas pengumuman rasmi dari LPM

PT3 2017 Exam Timetable (Jadual Lengkap/ Penuh Peperiksaan Bertulis)

1) Ujian pelbagai instrumen (Kajian kes) dan Ujian Lisan Bertutur

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis

2 ) Ujian Lisan Mendengar

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis

3) Peperiksaan/ Ujian Bertulis PT3

9 Oktober 2017 (Isnin)

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis

10 Oktober 2017 (Selasa)

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis

11 Oktober 2017 (Rabu)

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis

12 Oktober 2017 (Khamis)

Jadual Peperiksaan PT3 2017 Ujian Bertulis

Sila dapatkan jadual lengkap dan arahan peperiksaan PT3 2017 yang boleh dimuat turun di LPM.

Diharapkan perkongsian Jadual Peperiksaan PT3 2017 ini dapat membantu para pelajar merancang sesi ulang kaji. Semoga usaha anda akan menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang kelak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*