Jadual Peperiksaan PT3 2018 Ujian Bertulis

  1. Home
  2. »
  3. Jadual
  4. »
  5. Jadual Peperiksaan PT3 2018 Ujian Bertulis

Tarikh Dan Jadual Waktu Peperiksaan PT3 Tahun 2018. Buat para pelajar Tingkatan 3 yang masih tertanya-tanya bilakah tarikh peperiksaan PT3 tahun 2018. Berikut dikongsikan tarikh dan jadual peperiksaan PT3 2018 yang dipetik dari makluman Lembaga Peperiksaan (LPM), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk panduan pelajar dalam melakukan persiapan peperiksaan.

Peperiksaan bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan bermula pada 8 hingga 11 Oktober 2018. Untuk melihat tarikh peperiksaan awam yang lain bagi tahun 2018, sila rujuk pada Takwim Peperiksaan dan Pentaksiran 2018.

Jadual Peperiksaan PT3 2018 Pentaksiran Tingkatan 3

Berikut merupakan jadual peperiksaan PT3 2018 sebagai panduandan rujukan pelajar Tingkatan 3 sekolah menengah untuk membantu anda merancang ulang kaji anda. Peperiksaan PT3 akan dilaksanakan melalui 3 jenis instrumen seperti berikut:-

  1. Ujian pelbagai instrumen (Kajian kes) – Kerja Kursus melibatkan Mata pelajaran Sejarah dan Geografi.
  2. Ujian lisan (bertutur dan mendengar) yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tilawah dan Hafazan melibatkan Maharat Al-Quran Kertas 2 dan Hifz Al-Quran
  3. Peperiksaan/ Ujian bertulis yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Pendidikan Islam, Mathematics, Science dan Kemahiran Hidup Bersepadu.

Tarikh Dan Jadual Waktu Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 Tahun 2018

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi peperiksaan PT3 2018 yang meliputi Ujian Instrumen, Ujian Bertutur, Mendengar dan Ujian Tilawah Hafazan.

  • 2 hingga 25 Mei : Ujian Instrumen Pelbagai (Sejarah)
  • 8 hingga 27 Julai  : Ujian Instrumen Pelbagai (Geografi)
  • 1 hingga 30 April : Ujian Bertutur (BM, BI, LAM – KBD)

Ujian Mendengar

  • i)  Bahasa Melayu : 13 Ogos
    ii) Bahasa Inggeris : 14 Ogos
    iii) Bahasa Arab LAM (KBD) : 15 Ogos
  • 18 hingga 29 September : Maharat Al-Quran & Hifz Al-Quran (KBT) – Ujian Tilawah & Ujian Hafazan
  • Tarikh peperiksaan ujian bertulis PT3 : 1 hingga 4 Oktober 2018

PT3 2018 Exam Timetable (Jadual Lengkap/ Penuh Peperiksaan Bertulis)

1) Ujian pelbagai instrumen (Kajian kes) dan Ujian Lisan Bertutur

pt3 pelbagai instrumen

2 ) Ujian Lisan Mendengar

 pt3 ujian lisan mendengarpt3 ujian tilawah dan hafazan

3) Peperiksaan/ Ujian Bertulis PT3

1 Oktober 2018 (Isnin)

pt3 1 oktober

2 Oktober 2018 (Selasa)

pt3 2 oktober

3 Oktober 2018 (Rabu)

pt3 3 oktober

4 Oktober 2018 (Khamis)

pt3 4 oktober

Maklumat Lanjut

Jadual lengkap beserta arahan penuh/ panduan peperiksaan PT3 2018, boleh di muat turun dalam PDF di pautan berikut :-

Diharapkan perkongsian Jadual Waktu Peperiksaan PT3 2018 ini dapat membantu para pelajar merancang sesi ulang kaji. Semoga usaha anda akan menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang kelak.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *