Daftar Murid Tahun 1 2019-2020 Online (Darjah Satu)

Pendaftaran Murid Ke Tahun Satu (1) Sekolah Kerajaan Tahun 2019 Dan 2020 Online. Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2012 dan 2013 boleh membuat pendaftaran permohonan murid ke tahun 1 sekolah kerajaan untuk tahun 2019-2020. Berikut dikongsikan cara daftar murid tahun 1 secara online buat panduan semua mereka yang terlibat tidak kira di Semenanjung Malaysia atau di Sabah/ Sarawak.

Proses pembelajaran peringkat sekolah rendah akan bermula di Tahun 1 setelah murid tamat PraSekolah. Ianya tamat di tahun 6 iaitu selepas tamat menduduki peperiksaan UPSR. Seterusnya murid akan memasuki sekolah menengah untuk menduduki peperiksaan PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Daftar Murid Tahun 1

Pendaftaran Murid Ke Tahun 1 Tahun 2019/ 2020 Secara Online 

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran murid Tahun 1 (Satu) atau Darjah 1 ke Sekolah Rendah Kerajaan melibatkan sekolah di Semenanjung Malaysia dan Sabah/ Sarawak/ WP Labuan. Ibu bapa atau penjaga murid yang melepasi syarat kelayakan boleh membuat permohonan menggunakan borang pendaftaran atas talian di Sistem Pendaftaran Atas Talian atau ringkasnya SPATKPM (public.moe.gov.my).

Tarikh Penting Pendaftaran Murid Tahun 1 2019-2020

Borang Pendaftaran Murid ke Tahun 1 sesi 2019 Dan 2020 akan di buka secara online bermula dari tarikh berikut :-

  • 1 Mac sehingga 30 April 2018 (Tarikh buka dan tutup)

Pemohon adalah dinasihatkan untuk mendaftar permohonan pada tarikh yang dinyatakan bagi membolehkan permohonan kemasukan diproses.

Syarat Kelayakan Daftar Murid Tahun 1 2019/ 2020

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah terdir daripada warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh kelahiran seperti berikut :

  • 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (Untuk kemasukan ke sesi persekolahan tahun 2019)
  • 2 Januari 2013 sehingga 1 Januari 2014 (Sesi persekolahan tahun 2020)

Cara Membuat Permohonan Murid Tahun Satu (1) Online

Berikut adalah cara membuat pendaftaran murid ke Tahun 1 Sekolah Kerajaan yang boleh dibuat seperti berikut :-

i) Sekolah di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak Dan WP Labuan

Permohonan boleh dibuat dengan melayari aplikasi pendaftaran secara atas talian/ online iaitu di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut :-

Langkah-langkah daftar murid Tahun 1 secara online adalah seperti berikut:-

  1. Layari laman SPATKPM
  2. Untuk pengguna sediada, sila log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan
  3. Untuk pengguna baru SPATKPM, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di DAFTAR PENGGUNA. mengunakan ID pengenalan penjaga
  4. Cara daftar dan mendapatkan kata laluan boleh dirujuk di Manual Pengguna

Pemohon boleh memulakan pengisian borang permohonan secara online dengan memberikan maklumat yang perlu diisi seperti berikut :-

  1. Maklumat prasekolah/ tadika
  2. Profil kesihatan
  3. Rekod imunisasi kanak-kanak

ii) Cetak Borang Dan Hantar Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi dan berjaya didaftarkan secara online hendaklah dicetak untuk tujuan pengesahan dari pihak sekolah. Ibu bapa/ penjaga hendaklah membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang dipohon untuk Proses Perakuan/ Pengesahan Pendaftaran iaitu selepas 14 hari permohonan dibuat.

Dokumen-dokumen berikut perlu di bawa bersama seperti berikut :-

  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  3. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  4. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  6. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  7. Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan Dan Imunisasi

Soalan Lazim FAQ Permohonan Murid Tahun 1

Berikut dikongsikan beberapa soalan lazim yang selalu ditanya oleh orang ramai berkaitan permohonan Pendaftaran Murid ke Tahun 1:-

  1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
  2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
  3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
  4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
    • Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
  5. Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul
  6. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
    • Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.

Maklumat Lanjut Daftar Murid Tahun 1

Jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi :-

  • E-mel: admin_spatkpm@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan Murid ke Tahun 1 untuk pertanyaan berkaitan masalah teknikal sahaja, sila hubungi :-

  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
  • Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
  • Unit ICT.
  • E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Senarai Jabatan Pendidikan Negeri di Malaysia beserta alamat dan no telefon serta laman web yang boleh dirujuk adalah seperti berikut :-

Semakan Keputusan Murid Tahun 1 2019-2020 Online

Berdasarkan kepada rekod tarikh tahun lepas, keputusan permohonan murid Tahun 1 atau status pendaftaran akan diumumkan sekitar bulan Julai/ Ogos 2018 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM.

Untuk murid yang berjaya dalam permohonan, pihak sekolah akan memberikan surat tawaran yang perlu dibawa bersama pada hari pertama penggal persekolahan bermula.

  • Pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan/ pendaftaran boleh membuat rayuan selepas keputusan permohonan murid tahun 1 diumumkan

Semoga perkongsian cara Daftar Murid Tahun 1 2019-2020 Online (Darjah Satu) boleh dijadikan panduan buat semua terutama mereka yang pertama kali membuat permohonan secara online. Semoga permohonan anda berjaya diluluskan.